SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Ceroboh Tanah, Sila Dakwa Juga Dalang Yang Jadi Pengkhianat Makan Hasil Haram Itu Selama Ini !

Susulan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail di Karnval Tanah di Raub baru-baru ini, yang menyatakan Kerajaan Negeri Pahang tidak akan memberi kompaun sebaliknya akan terus menghadapkan penceroboh tanah haram ke muka pengadilan,

Beliau juga meminta Penasihat Undang-Undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai -pegawai daerah supaya sekiranya ada berlaku penangkapan, dia tidak benarkan kompaun lagi. 

Ini kerana dia mendapati kompaun ini tidak menakutkan mereka dan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak serius. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan memerangi habis-habisan pencerobohan tanah haram ini dengan meminimakan atau mensifarkan penerokaan tanah haram dan perlombongan haram serta apa jua aktiviti yang berkaitan dengan aset Kerajaan Negeri.

Kata beliau, aset hak milik Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali diteroka secara haram berikutan ia akan merugikan Kerajaan Negeri.

Dalang Terlibat Juga Perlu Di Dakwa

Justeru, sebagai aktivis saya menggesa kerakaan turut menjejaki, menangkap dan mendakwa dalang yang selama ini jadi pengkhianat dan makan hasil atas isu pencerobohan haram di negeri ini.

Bukan hanya bertindak terhadap penceroboh itu semata-mata, sebab pencerobohan tidak akan berlaku jika tiada maklumat yang disalurkan oleh 'orang dalam' terutama mereka yang bekerja di jabatan yang berkaitan.

Perkara ini sudah lama dan mereka yang terlibat sudah kaya raya terima imbuhan bulanan daripada para penceroboh haram. Inilah punca yang perlu dikenalpasti dan diambil tindakan sebenarnya. Sampai bila harus dibiarkan dalang ini ambil kesempatan dan hidup senang lenang.

Bukan seorang dua yang terlibat, malah ia sudah jadi 'kartel tanah' dari atas sampai ke bawah main peranan. Sebab itilah penceroboh tidak takut dan dengan berani melakukannya.

Banyak info dan maklumat yang saya terima dan benda ini sudah berlaku sejak sekian lama sebenarnya.

Jika tangkap dan dakwa penceroboh sahaja, isu tidak akan selesai kerana dalang akan tetap beroperasi dengan pihak lain pula selepas itu.

Pembersihan ini perlu dilakukan dari dalam, bukan sekadar melihat lokasi yang diceroboh semata-mata.

Siasat sama siapa yang bagi pelan tanah dan tutup mata atas aktiviti pencerobohan tersebut. Mana mungkin mereka tidak tahu jika benar amanah terhadap bertanggungjawab?.

Waktu tanah diceroboh dibersihkan dan ditanam pokok sawit, musang king atau sebagainya, bukankah pegawai yang berkenaan sudah boleh menghidu dan mengambil tindakan lebih awal. 

Teknologi zaman ini bukan seperti dulu, sekarang dah canggih. Hairannya semakin moden semakin lemah operasi yang dijalankan. Inilah punca para penceroboh mengambil kesempatan.

Saya sedia memberi kerjasama kepada Kerajaan Pahang untuk turun padang bagi memastikan hasil mahsul negeri tidak mengalir ke kantung penceroboh dan dalang yang terlibat begitu sahaja.

Kerajaan rugi apabila gagal kutip hasil cukai, tapi mereka kaya raya makan hasil jutaan ringgit setiap tahun. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan sebenarnya. 

Bukan penceroboh sahaja diambil tindakan mahkamah, malahan juga dalang serta kuncu-kuncu mereka juga harus dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang berlaku hari ini, penceroboh sebenar  tanah jarang kita dengan ditangkap dan diambil tindakan, tapi hanya pekerja warga asing yang diupah mereka yang ditahan pihak  berkuasa. 

Mereka yang dibelakang tabir itulah yang wajar dibenteras, bukan hanya pelakon tambahan semata-mata. 

Jika tidak isu mendakwa penceroboh ini tidak akan bertahan lama, kerana tiada sokongan serius daripada pegawai kerajaan dilapangan. Inilah yang menyebabkan ia terus berakar umbi dan berleluasa di negeri ini.

Moga Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail dapat lakukan yang terbaik untuk membenteras adengan ini hendaknya. Insya Allah saya sedia untuk membantu bagi mempermudahkan segala urusan berkaitan. 

Dalang-dalang yang bersekongkol dengan penceroboh haram inilah yang merosakkan imej Kerajaan Pahang selama ini sebenarnya. Mereka jual diri dengan harga yang murah untuk mencari kekayaan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: