SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Isu Lambakan Premis, Penempatan Warga Asing Tidak Selesai Jika Rakyat Tidak Sama-Sama Bangkit Pertahankan Hak Kita !

Susulan begitu banyak pendedahan yang telah saya buat tentang isu warga asing mutakhir ini, maka puak-puak terbabit mula tidak senang duduk dan kepanasan sekarang. Mungkin dek kerana mereka koyak, lantas cuba mngambil tindakan untuk melawan bagi mempertahankan hak mereka kononnya.

Sudah banyak kali saya dedahkan bahawa isu lambakan premis dan penempatan warga asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara ini tidak akan selesai jika mereka langsung tidak takut dan menghormati pihak berkuasa dalam negara ini.

Bukti jelas, mereka bukan sahaja tidak takut malahan merasa selesa pula berada di sini. Lantaran itu mereka tidak kisah ada berapa banyak kali pun operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka pasti akan dapat menanganinya dengan mudah.

Seperti biasa, adengan 'tutup bukak, tangkap lepas' terus disajikan kepada rakyat hingga membuatkan warga tempatan semakin hari semakin serabut dan bimbang keselamatan anak-anak mereka akibat terlalu ramai lambakan warga asing disana sini sekarang.

Saya banyak bersuara lantang, terutamanya di laman TikTok terhadap isu ini. Ada beberapa perkara yang digariskan untuk diberi perhatian sebenarnya.

Dalam isu warga asing ini, antara isu yang saya angkat ialah soal kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (IZIN) yang masuk secara haram ke negara ini. Mereka masuk melalui 'lorong tikus' dengan kerjasama agen-agen yang terdiri daripada warga tempatan atau warga asing yang sudah lama berada di dalam negara ini dan mendapat taraf pemastautin tetap.

Keduanya, soal warga asing yang masuk secara sah untuk bekerja beradasarkan permit namun mereka tidak pulang ke negara asal selepas tamat kontrak bekerja di sini. Mereka yang sepatutnya pulang, tidak berbuat demikian dan terus berada dalam negara ini dengan menjalankan berbagai jenis perniagaan menggunakan lesen 'alibaba' atas nama warga tempatan. Mereka memonopoli banyak perniagaan dan mengganggu ekonomi penduduk tempatan  tanpa rasa bersalah kerana melanggar undang-undang.

Ketiganya, warga asing yang lari dari majikan dan menjadi kosong kemudian bertebaran di seluruh pelusuk negara menjalani kehidupan bersama rakyat tempatan. Ramai dikalangan mereka yang mengambil kesempatan berkahwin dengan wanita tempatan untuk membolehkan mereka mempunyai lesen sah berada dalam negara ini.

Keempatnya, saya menekannya betama lemahnya undang-undang di Malaysia yang mana membiarkan warga asing yang masuk ke negara ini sebagai pelancong untuk bekerja atau menjalankan perniagaan sesuka hati mereka. Malah mereka tanpa rasa bersalah menguasai dan memonopoli perniagaan seperti restoran dan kedai runcit.

Kelemahan pihak berkuasa kita melaksanakan tindakan dengan tegas telah diambil pelaung oleh warga asing untuk menipu, mempermain dan memperdayakan mereka setiap kali ada operasi yang dijalankan secara bersepadu.

Malah, setiap kali operasi ada sahaja premis yang ditutup dan warga asing berbondong-bondong pindah kediaman untuk mengelakkan mereka ditangkap. Persoalannya, bagaimana mereka mendapat maklumat sesuatu operasi jika tiada orang dalam dan 'talibarut' yang memaklumkannya.

Inilah isu yang sering saya mainkan, kerana jika tidak masalah jutaan kebanjiran warga asing dalam negara ini tidak akan selesai. Itu belum termasuk lagi pelarian Rohingya yang semakin ramai menetap di negara ini dengan membina rangkaian perniagaan dan pemempatan hampir di seluruh negara.

Jika kerajaan masih tutup mata dan tidak sedah perkara ini, nescaya suatu hari nanti warga asing akan menakluki ekonomi kita dan seterusnya anak-anak cucu mereka pula akan menguasai pentadbiran dan politik negara ini akhirnya.

Apakah kita harus membiarkan semua ini berlaku begitu sahaja di depan mata kita?. Mahukan kita warisi negara ini dalam keadaan sebegitu rupa untuk generasi akan datang?. Justeru, sebab itulah saya mengajak rakyat bangkit dan terus memberikan kesedaran kepada semua pihak agar memainkan peranan penting untuk mempertahankan kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini agar tidak diperkotak-katikan oleh warga asing buat selama-lamanya.

Ayuh, bangkitlah teruskan perjuangan demi masa depan negara tercinta. Isu ini tidak akan selesai jika rakyat tidak sama-sama bangkit untuk pertahankan hak kita, Selamatkan Malaysia, Selamatkan Tanar Air Kita. #rakyatbangkit #benteraswargaasing

0 Komen Artikel Ini: