SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Lebih 10 Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Di Bukit Kuin Terbiar, Mohon Tindakan Segera

Saya sempat  luangkan masa meninjau ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang dah lebih 10 tahun terbiar di Bukit Kuin, Jalan Sungai Lembing semalam.

Apa sudah jadi dengan kawasan ini? Penuh dengan semak samun dan tidak digunakan lagi hingga ke hari Ini?. Sedangkan jirat Cina yang terletalk bersebelahan kawasan ini sudah lama beroperasi dan dah hampir penuh digunakan.

Sepatutnya kawasan tanah Perkuburan Islam yang terletak di jalan utama Kuantan - Sungai Lembing itu sudah la dimanfaatkan oleh umat Islam. Namun akibat keadaan tanah yang tidak rata, ia menyukarkan urusan berkaitan.

Difahamkan, bersebelahan kawasan ini telah ada persetujuan untuk didirikan sebuah maahad tahfiz.

Anehnya setakat ini tiada langsung kerja-kerja tanah berkaitan atas tanah terbabit. Sekurang-kurangya kawasan bukit bersebelahan diratakan untuk tindakan selaniutnya.

Inilah yang menjadi persoalan orang ramai terutamanya umat Islam yang lalu lapang di kawasan ini setiap hari.

Situasi terbiar ini boleh menjatuhkan imej agama Islam sebenarnya. Justeru saya menggesa pihak MUIP Dan Kerajaan Pahang dapat menyegerakan apa saja tindakan ke arah kebaikan kawasan ini.

Membiarkan ia terbiar terlalu lama bukan sahaja merosakkan pemandangan, malah pemilik tanah Perkuburan terbabit iaitu MUIP itu sendiri sebenarnya.

Moga dipermudahkan segala urusan. #CMK


0 Komen Artikel Ini: