BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE SINI | SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI | SILA DATANG LAGI
@ybterjah2

Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia, Selamatkan Hutan Kita !


"Bila Nak Selamatkan Alam Sekitar, Jangan Sesuka Hati Tarah Bukit,  Gondolkan Hutan  Serta Merosakkan Flora Dan Fauna Untuk Keuntungan Duniawi. Peliharalah Tadahan Air Hujan Yang Menjadi Pasak Bumi Agar Banjir Lumpur Tidak Melanda Di Kawasan Kita"

Jangan Hanya Cakap Di  Mulut Tapi Di Belakang Tabir, Kita Makan Hasil Balak, Lombong Dan Segalanya Senyap2 Jer.

Allah Melihat Apa Yang Kita Kerjakan !!

Janganlah "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" 


"S E L A M A T K A N  T A S I K  C H I N I"

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

Cmk Shukrie Ramly

Read more »

Usah Jadikan Hutan Simpan Kekal Sebagai Sumber Kekayaan Kroni Dan Proksi Semata-Mata !

 

Beratus-ratus ekar lagi Hutan Simpan Kekal  telah diluluskan lesen untuk pembalakan di sebuah negeri dalam Malaysia tanahairku. 

Katanya mahu dijadikan projek tanam pokok hutan. Berbagai projek dijadikan alasan untuk keluarkan kayu. Sungguh bijak mereka kaburi mata rakyat. Dulu-dulu masih ingat lagi bila balak dikeluarkan mereka gunakan alasan mahu dijadikan projek tanaman kontan, jagung, ubi keledek,  pokok roselle untuk orang-orang kampung. Kemudian guna alasan dijadikan pusat ternakan ayam, kambing, lembu pawah, rusa, burung unta dan lain-lain binatang ternakan yang difikirkan sesuai. 

Pendek kata macam-macam alasan dicipta bagi menghalalkan kerja buat mereka. Rakyat dipaksa percaya. Terkadang siap ada majlis rasmi lagi. Maka bertepuk tanganlah rakyat, seronok sebab dapat projek yang dijanjikan. Kemudian didatangkan beberapa ekor binatang ternakan dan ditanam beberapa batang pokok sebagai simbolik. Selepas itu maka, mulalah pokok-pokok balak ditebang dan lori balak keluar masuk bawak hasil mahsul dari hutan.

Selepas beberapa bulan balak itu dikeluarkan, tidak kelihatan lagi pokok atau binatang yang dijanjikan. Projek entah ke mana? Balak sudah disapu, duit mereka sudah balun. Bila duit-duit sudah habis, mereka intai pula kawasan hutan mana lagi yang mahu ditarah dan digondolkan. Mereka tidak akan berhenti sekerat jalan sebab sekali melangkah mereka buat selamanya.

Kita tahu Hutan Simpanan Kekal adalah bermaksud mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai HSK untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan semua hasil hutan dalam kawasan ini adalah milik Kerajaan Negeri. Di bawah seksyen 10 (1) Akta yang sama,HSK dikelaskan kepada dua (2) kategori yang utama iaitu (i) hutan pengeluaran dan (ii) hutan perlindungan.

Definisi di atas jelas memberitahu bahawa Hutan Simpan ditadbir atau diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan di bawahnya terdapat dua lagi sub-kategori iaitu hutan perlindungan dan hutan pengeluaran.

Ini bermaksud di dalam hutan simpan kita, terdapat kawasan hutan perlindungan, yang telah dikategorikan khususnya untuk usaha perlindungan. Hutan perlindungan ini perlulah dilindungi sepenuhnya daripada aktiviti manusia yang bisa memusnahkan. Di bawah hutan perlindungan ini ia dikelaskan lagi untuk 11 lagi tujuan khusus sebagaimana yang dinyatakan di dalam gambarajah di bawah. Rujuk Seksyen 10(1) b-l.

Sebab itulah hutan yang sepatutnya dilindungi perlu dipertahankan kerana ia menjadi tadahan hujan. Apabila digondolkan, musibahnya buat rakyat marhaen yang terpaksa berhadapan dengan banjir lumpur dan berselut yang cukup menyiksakan. Peliharalah hutan yang menjadi tadahan hujan. Namun, mereka yang terlibat tidak ambil kira semua itu. Asalkan dapat hasil. 

Jika tidak dapat secara halal, misalnya lambat dapat lesen atau cerewet sangat maka itulah 'plan kedua' digunakan iaitu menceroboh. Dek kerana mereka yang terlibat ada kuasa dan duit semua ini boleh digerakkan dengan mudah. 

Maka itulah kita tidak pelik pencerobohan ini berlaku setiap masa. Sebab duit inilah diguna untuk survival politik masing-masing sejak sekian lama. Hatta mahu bertanding jawatan pun mereka terpaksa gunakan dulu duit tokey dan berjanji bila menang akan kontra bagi kawasan. Jika tak lulus, masuklah secara senyap atas nama 'pencerobohan halal'. 

Inilah kerja mereka sejak sekian lama tanpa disedari oleh rakyat marhaen. Bila ada yang sedar, mereka tutup mulut dengan 'wang ringgit' agar diam dan tidak berani untuk bersuara bertanyakan projek yang dijanjikan kepada orang kampung. Bila ada yang cuba nak bersuara, akan diberi amaran tidak akan dapat apa jua kemudahan dari wakil rakyat.

Lebih baik tutup mulut hingga rakyat akhirnya lupa. Tambah parah lagi ada pula kawasan yang janjikan projek kemudahan untuk rakyat seperti bina sekolah, hospital,  masjid, dewan dan sebagainya. Tapi balak sudah pun disapu, projek entah ke mana.

Apabila banjir lumpur melanda pakat kauntim jangan mengaku dan nafikan. Walhal orang kampung semua tahu tadahan air hukan dan pasak bumi sudah rebah menyembah bumi. Mereka ada kuasa dan boleh cakap apa saja, agar konsep 'matlamat menghalalkan cara'  tidak diketahui langsung oleh rakyat  jelata.

Begitu cepat mereka arahkan pihak terbabit 'cover line' konon bukan kerana kawasan yg digondolkan itu datangnya lumpur. Padahal banjir besar tahun 1971, kata orang tua-tua dulu, lebih besar dari hari ini. Tak ada pulak lumpur dan selut melanda. Sebab hutan itu masih terpelihara, tidak ditarah sesuka hati. 

Hutan Simpan Kekal, tapi kekal disimpan buat proksi dan kroni. Rakyat marhaen tengok saja dan tunggu pilihan raya adalah 'dedak ditabur' untuk rayuan dapatkan kuasa. Duit poket akan masuk sebagai berita gembira untuk seketika. 

Selepas itu lima tahun rakyat merana. Hanya beberapa kerat sahaja yang mennikmati hidup mewah dengan hasil mahsul balak dari hutan.

Bila ada yang berbunyi dan buat pendedahanm aka bertempiklah mereka jangan buat fitnah, jangan menuduh, jangan provokasi dan jangan buat cerita palsu. Mereka buat ugutan kepada rakyat yang bangkit bersuara atau melawan. Baik orang Melayu mahu pun orang-orang asal mereka akan pekakkan telinga jika ada apa jua bantahan. Apa yang lebih penting keuntungan yang akan diagih-agihkan sesaka mereka itu lebih diutamakan. Bila rakyat terus melawan, mereka gunakan pihak berkuasa atau pun mahkamah untuk 'menutup mulut'.

Inilah realiti yang berlaku sejak sekian lama. Kuasa dan undang-undang jadi bahan mainan kepada rakyat marhaen tetapi tidak kepada golongan kayangan. Sebab itulah berlaku kes di sana sini, rakyat marhaen masuk hutan simpan hanya untuk lalu sahaja, atau berkelah dan memancing ikan. Maka mereka akan tangkap dan dakwa kerana menceroboh.

Tidak kira siapa kita, asalkan rakyat marhaen maka kita dilarang masuk hitam simpan. Walau pun hanya berjalan semata-mata.

Tapi bila ada jentera masuk tebang balak, mereka buat-buat tak nampak. Hinggalah habis beratus-ratus ekar kawasan ditebang barulah operasi dijalankan dan media dipanggil kononnya berjaya membenteras pencerobohan hutan. Walhal beribu-ribu tan sudah dibawa keluar mereka langsung tidak sedar. Tapi bila rakyat marhaen jejak sebelah kaki sahaja, mereka sudah boleh menghidunya. Hebat orang-orang kita buat kerja. Inikah dikatakan profesional dan berintegriti agaknya. 

Walhal umum mengetahui, tidak mungkin si penceroboh berani kalau tiada pihak yang 'cover line'.  Inilah hakikat yg berlaku sejak sekian lamanya. Justeru, ubahlah demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang.

Jangan biarkan Hutan Simpan Kekal tempat untuk mereka kaya raya buat duit selamanya.

Caranya, tolak mereka yang kita tahu belakon depan kita tidak tahu menahu, belakang kita siap dah 'kautim'  asalkan 'cover line'  supaya penceroboh aman dan selamat. Sebab itulah kita tengok, bila ditangkap hanya beberapa ketul kayu balak yang dapat. Beribu-ribu balak sudah pun dibawa keluar dengan selamat. Buat-buat terkejut dan sedih, hutan diceroboh. Walhal poket kembong belaka dapat untung. Inilah senario yang berlaku sebenarnya.

Sebab itulah, beberapa kerat pekerja ditangkap tapi berapa kalikah anda tengok tokey kilang balak ditangkap atau didakwa? Walhal kalaulah  mereka yang berkuasa siasat pekerja yang ditangkap, pasti akan tahu mereka dari kilang mana. Mudah nak tangkap, tokey tersenyum sebab dah kira untung. Bayar ikat jamin dan pekerja yang ditangkap pun dilepaskan. Ada pihak terbabit sedar senario yang berlaku ini?.

Maka, sampai kiamat isu ini tidak akan habis sebab adanya pengkhianat dan talibarut yang dah kautim siap-siap. Ada yang uruskan pelan dan kawasan. Ada yang uruskan pemimpin setempat di kampung sekitar kawasan. sebab itulah lori bawa balak lalu dah tak nampak.

Walhal lori lalu ikut jalan hutan kampung dan bukannya ikut udara. Nampak, tapi kenalah buat tak nampak sebab dah kautim dari atas sampai ke bawah. Seronok masing-masing mengira duit keuntungan. Persetankan alam sekitar yang rosak digondolkan asal masyuk.

Justeru sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2021, marilah kita terus bersama lindungi dan selamatkan hutan kita daripada terus dicerobohi oleh kerakusan tangan manusia. Caranya salurkan maklumat apabila terlihat bukti ada pencerobohan hutan di kawasan anda.  Selamatkan hutan kita. 


" S E L A M A T K A N  A L A M  S E K I T A R "


By WAKIL RAKYAT MARHAEN

Blogger Cucumatkilau [ CMK ]

Read more »

Selepas Lima Tahun, Suara Rakyat Menggesa Di Bina Susur Keluar LPT Pekan Tajau - Jengka Di Gerakkan Semula !

 

Selepas lima tahun berjuang dan mengangkat isu ini, maka saya sekali lagi akan menggerakkan semula suara rakyat terhadap cadangan agar dibina laluan susur keluar baharu di kilometer 160, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk kemudahan penduduk di sekitar Pekan Tajau - Jengka. 

Satu jawatankuasa bertindak akan diwujudkan untuk melancarkan segala urusan yang berkaitan. Jawatankuasa ini akan melibatkan anak-anak perantauan yang mana kampung halaman mereka di kawasan ini. Sudah tiba masanya isu ini diangkat dan diperjuangkan dengan lebih sistematik lagi. 

Jarak susur keluar Chenor Ke Maran Sejauh 33 kilometer ialah jarak paling panjang di LPT sebenarnya. Pada masa ini penduduk dari kawasan Felda Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Hulu Jempul, Pekan Tajau, Pejing, Sungai Ling dan sekitarnya terpaksa berkongsi laluan susur keluar di Exit Chenor dan Exit Maran.

Mereka kemudian terpaksa berpatah balik untuk pusing dalam jarak yang jauh antara 15 hingga 40 kilometer untuk kembali ke laluan ini melalui Chenor - Paya Pasir - Simpang Jengka atau Chenor - Bandar Pusat - Hulu Jempur dari arah Plaza Tol Chenor.

Jika melalui Exit Maran terpaksa melalui -Kuala Sentul - Jengka atau Maran - Bukit Tajau - Simpang Jengka untuk kembali ke laluan ini. Sedangkan jika ada laluan keluar di sini, ia memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk setempat.

Masalah timbul apabila terlepas simpang Chenor atau Maran, mereka terpaksa bergerak 33 kilometer untuk berpusing semula ke laluan terbabit.

Memandangkan kawasan Felda dikawasan ini juga dikenali sebagai wilayah "Jengka tiga segi" maka pembinaan laluan ini adalah sesuatu yang relevan untuk penduduk di sini.

Makanya Exit Chenor adalah laluan khas untuk penduduk di sebelah Jengka 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, Kg Awah, Sg Nerek dan sekitarnya, maka sepatutnya penduduk Felda Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Hulu Jempul, Pekan Tajau diberi hak melalui tapak cadangan ini.

Kenapa perlu berkongsi laluan dengan yang lokasinya agak jauh dan sesak terutamanya pada musim perayaan?.  Begitu juga dilaluan Plaza Tol Maran, terpaksa berkongsi dengan pengguna dari kampung-kampung di sekitar kawasan terbabit itu sendiri.

Sebagai sebuah wilayah 'Jengka Tiga Segi' sewajarnya sebuah plaza tol baharu perlu diwujudkan untuk kemudahan penduduk di kawasan ini. Tidak wajar hanya satu segi sahaja mendapat kemudahan (Exit Chenor) sedangkan penduduk di sebelah satu lagi dinafikan hak.

Laluan ini juga melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Maran iaitu DUN Tajau, DUN Chenor dan DUN Kuala Sentul. Makanya adalah amat relevan kemudahan ini disediakan dan ia amat penting untuk keselesaan dan kemudahan penduduk setempat termasuk anak-anak perantauan.

Jika dibandingkan jarak Exit Maran dan Exit Chenor ke lokasi ini, ia lebih jauh dari laluan Exit Maran ke Exit Sri Jaya. Sedangkan umum mengetahui kenderaan yang melalui laluan ini lebih banyak dari laluan Sri Jaya. Namun atas sokongan dan permintaan penduduk, akhirnya dibina laluan terbabit.

Begitu juga laluan baharu Exit Bukit Gambir yang dibina atas desakan penduduk dan disokong oleh pemimpin setempat. Malah terbaru, sebuah lagi Exit dibina di LPT2 selepas RNR Perasing yang jaraknya tidak terlalu dekat dengan exit Cheneh sedia ada.

Walhal laluan tersebut tidaklah terlalu mendesak kerana sudah ada laluan susur keluar sedia ada. Malah, laluan jalan tidak melalui jalan LPT2 itu sendiri sebenarnya.

Sebaliknya, bagi laluan yang dicadangkan ini memang LPT lalu diatas jalan Pekan Tajau ke Jengka 5. Maka itu ia sepatutnya dapat dipertimbangkan.

Justeru, satu petisyen dan memorandum akan dihantar kepada Kementerian Kerja Raya, Anih Berhad dan Ahli Parlimen Maran bagi meneliti cadangan kni dengan sewajarnya.

Semoga segalanya dapat dipermudahkan dan akan disokong oleh seluruh penduduk yang terlibat dengan laluan ini. Sokongan semua amatlah diharapkan bagi merealisasikan hasrat yang telah diperjuangkan sejak lima tahun lalu.

Jika anda anak perantauan yang berasal dari kawasan sekitar tapak cadangan, anda dijemput bersama kami di group Facebook https://www.facebook.com/groups/608871942588552/?ref=share

"Cakna Demi Rakyat"

Read more »

Maaf Di Pinta Kepada Pengundi PRK DUN Chini, CMK Gagal Dalam Misi Selamatkan Tasik Chini !

Saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar mengeluarkan kenyataan apakah benar yang lesen melombong (ML) baharu telah  diluluskan di sekitar Tasik Chini seperti yang didedahkn oleh Malaysiakini? 

(https://m.malaysiakini.com/news/577368).

Isu pencemaran dan kehancuran Tasik Chini telah saya perjuangkan semasa Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai 2020. Namun saya akur kalah atas mandat rakyat. 

Namun saya terkejut jika benar lesen perlombongan telah diluluskan. Ini jelas pun telah melanggar janji kerajaan kepada rakyat terutama warga Chini. 

Bukankah Tasik Chini sudah diwartakan sbgai Taman Negeri pada Nov 2020 yang lalu dan kerajaan berjanji akan menghentikan aktiviti perlombongan dan juga pembalakan di sekitar Tasik Chini?. Mohon penjelasan (dengan izin)

Saya juga nak memohon maaf kepada rakyat dan pengundin DUN Chini, kerana gagal untuk menyelamatkan Tasik Chini gara-gara tewas pada pada pilihanraya kecil itu. 

Saya tak sangka aktiviti pencemaran alam sekitar di Tasik Chini akan diteruskan. Saya mencuba, rakyat dah memilih. Begitu yang terjadi sebab rakyat Chini yg mahukan, maka tanggunglah akibatnya. 

Saya tidak nampak usaha selamatkan Tasik Chini dapat dilaksanakan, sebab inilah punca pendapatan yang dinantikan oleh sesetengah pihak. 

Jika saya menang, sudah pasti aktiviti ini saya akan bongkarkan di Sidang Dewan Undang Negeri (DUN) dan halang aktiviti ini diteruskan terutamanya bagi lombong haram. Sedih rasa Tasik Chini kini terus tidak terbela dek mereka yang berkuasa.

Justeru saya menggesa sahabat saya yang menang PRK DUN Chini, ambil tindakan dengan menghalang aktiviti ini guna kuasa  serta mandat rakyat yang telah diberikan. 

Usah bersekongkol dengan aktiviti yang jelas merosakkan alam sekitar Tasik Chini. Kuasa dah ada, buat siasatan dan pastikan semua ini tidak berlaku hendaknya. 

#selamatkantasikchini #selamatkantasikchini

Wakil Rakyat Marhaen

[  D U N  T E R J A H  ] 


Read more »

Ubahlah: Rakyat Marhaen Sudah Jemu Dengan Ahli Politik Jenis "Cover Line" Biar Pun Tahu Kebenaran Hakiki !

 

Kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang educated seperti Datuk Hussamudin Yaakob, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Saya agak terkejut juga dengan kenyataan ini, tapi bagi saya mungkin ada kebenarannya sebab orang politik bila naik jadi wakil rakyat ramai yang akan tutup mulut, kunci mulut, menikus, cover line dan tidak berani bersuara isu rakyat yang melibatkan parti  mereka.



Bayanhkan jika parti mereka jadi kerajaan, terpaksa diam juga dan cari berbagai asalan untuk menutup isu2 yang didedahkan oleh rakyat. Kalau di Pahang ini, seperti isu pembalakan haram, isu tanah, isu lot-lot rumah, perlombongan haram serta macam2 lagi. Selagi boleh cover mereka akan cover line. Tengok saja dlm isu Musngb King  di Raub, saya hairan tiada langung kedengaran kenyataan daripada orang politik atau pegawai kerajan yang berjawatan..

Pakat menikus dan tidak berani dedahkan apa yang mereka tahu. Begitu juga isu pengondolan hutan di blkang Pejabat Hutan Bukit Seklau. Sampai skrg sy tak dengar seorang pun orang politik yg dedahkan siapa punya dalang yang jual tanah kerajaan tersebut kepada individu dengan harga lebih rendah dari pasaran. Hingga Jabatan Hutan tidak boleh buat apa2 atas alasan tanah itu milik individu. Walhal tanah asaplan adalah milikn kerajaan.

 Saya akan ambil tanggung jawab ini untuk menyatakan kebenaran biar agak pahit untuk ditelan. Sebab saya juga sama macam Datuk Hussamuddin Yaakob, benci dengan orang pilitik jenis "Cover Line". Sampai bila kita nak sembunyikan fakta dek kerana yang terlibat terpalit orang-orang kita. Rakyat harus berani untuk bangkit bersuara demi keadilan dan sebuah perjuangan harmoni. Ayuh, ubahlah !

Kredit to Tn Bashir Ghani atas info ini. #CMK 

#caknademirakyat #suararakyatsuarakeramat

Read more »

Jika Lesen Lombong Baharu Di Luluskan, Ternyata Janji PRK DUN Chini Di Khianati !

 

Ketika saya bertanding bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai 2020 lalu, antara misi saya ialah untuk selamatkan Tasik Chini yang kian tercemar. Walau pun dinafikan oleh pihak-pihak tertentu, namun hakikatnya semua penduduk terutamanya orang asli disekitarnya mengakui tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu sememangnya sudah tercemar. 

Saya turun padang dan melihat sendiri lokasi tasik tersebut ketika itu. Sungguh menyedihkan dan amat mengecewakan. Lantaran itu misi saya di PRK ketika itu ialah untuk mengangkat isu pencemaran Tasik Chini agar membuka mata semua pihak. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=137023571370482&id=106205744452265

Sangkaan saya dengan pendedahan yang dibuat, ia akan memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya untuk menjaga  keindahan alam sekitar Tasik Chini. Kerosakan dan pencemaran yang berlaku di sini bukanlah isu baru sebenarnya. 

Kerajaan Negeri Pahang ada memaklumkan akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu sebagai sebuah taman negeri yang baru dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.

Kerajaan negeri berjanji akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. Kerajaan negeri tidak akan menyambung semula atau memperbaharui lesen bagi sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan di sekitar Tasik Chini, 

Kenyataan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin selepas merasmikan Program Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pahang di Pusat Penyelidikan Tasik Chini pada November tahun lalu. 

Malah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri katanya juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara.

Langkah untuk mewartakan kawasan itu perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek pembalakan atau perlombongan.

Usaha itu sudah bermula, dan ia membolehkan Tasik Chini kembali pulih dalam tempoh masa antara 10 ke 20 tahun akan datang.

Mohd. Sharkar juga berkata, apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah konsisten dan menyambung komitmen bekas Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sangat serius dalam hal penjagaan alam sekitar dan beliau meneruskan usaha yang telah dilakukan bekas Menteri Besar sebelumnya,” katanya.


Namun terkini saya terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal hari ini. Antara lain portal iti mendakwa tapak perlombongan baru itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini.

Tasik tersebut adalah kawasan tapak rizab biosfera UNESCO yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.

Menurut dokumen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April, projek itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak - di Lot 89798 di Mukim Penyor.

Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.

Dilaporkan konsesi untuk projek perlombongan terbaharu ini, yang memberi tumpuan kepada kerja melombong mangan (manganese) dan mineral lain. 

Pada 2019, kerajaan Pahang juga mewartakan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan kekal.

Bagaimanapun ia nampaknya tidak menghentikan kegiatan perlombongan baru. Menurut EIA, projek terbaru itu melibatkan kerja "melombong mineral dalam atau bersebelahan atau dekat kawasan alam sekitar yang sensitif".

Berdasarkan dokumen itu, plot tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada kawasan yang dikategorikan sebagai "Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2".

Kawasan dalam kategori ini boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi kegiatan perlombongan memang dilarang. Bagaimanapun, kerajaan Pahang memberi pengecualian kepada projek perlombongan ini.

Dokumen EIA turut berkata kerajaan Pahang "menggantikan Rancangan Khas Tasik Chini dan meluluskan tapak projek untuk kegiatan melombong".

Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar, dengan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekitarnya.

Penyelidikannya mendapati lokasi itu kaya dengan flora dan fauna, dan 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.

Selain menjadi habitat semula jadi flora dan fauna yang pelbagai, PPTC juga berkata kawasan itu kekal sebagai sumber air utama dan pendapatan masyarakat Orang Asli daripada suku Jakun.

"Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalam kawasan lembangan tasik.," kata PPTC di laman webnya.

Laporan portal tersebut sungguh mengejutkan saya, seolah-olah Kerajaan Negeri Pahang mempermainkan kenyataan sebelum ini.

Janji mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri tanpa dicemari aspek perlombongan dan pencemaran. Namun rakyat Chini boleh melihat sendiri hakikat yang berlaku disana.

Ternyata janji manis untuk menyelamatkan Tasik Chini hanyalah omongan kosong semata-mata. Rakyat terpedaya dengan kenyataan yang dibuat itu. Saya tidak kisah kalah bertanding PRK DUN Chini, sebab saya tidak mempunyai dana dan jentera yang cukup untuk mencipta kemenangan.

Namun saya sedih, dengan kemenangan itu juga aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini diteruskan. Anehnya benar semua pihak termasuk yang terlibat dengan alam sekitar dan pelancongan boleh membiarkan segalanya berlaku tanpa menghalangnya. Maka saya ucapkan tahniah kepada warga Chini kerana pembuat pilihan untuk terus menghancurkan alam sekitar Tasik Chini pada PRK lalu.

Saya kalah bermaruah dan tidak tergugat dengan tawaran dan imbuhan mereka. Tapi saya mohon maaf kerana gagal menyelamatkan Tasik Chini dari terus dicemari oleh tangan-tangan manusia yang ada kuasa. Justeri, jika benar lombong baharu telah diluluskan bermakna segala janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk selamatkan Tasik Chini hanyalah 'indah khabar dari rupa'.

Salam perjuangan leluhur. #CMK

Read more »

Musykil, Kes Hina Agong Cepat Di Buat Pendakwaan, Tapi Hina Hudud Sampai Sekarang Apa Tindakan?

 

Sebagai rakyat marhaen, saya ucapkan syabas atas tindakan segera yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menahan aktivis Pro-Keadilan dari Sarawak, Iswardy Morni atas tindakan biadap beliau menghina Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. 

Malah, hari ini saya difahamkan beliau telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas kesalahan tersebut. Biar pun beliau tidak mengaku bersalah, namun apa yang memusykilkan saya ialah kes ini cepat dibawa ke mahkamah. Siasatan begitu pantas selesai dan kertas pendawaan dibuka walau pun masih ada laporan polis yang dibuat terhadap Iswardy di seluruh negara. 

Apa yang menjadi persoalan saya ialah kes Iswardy didakwa Hina Agong begitu cepat dibuat pendakwaan, tapi kes yang dihadapi oleh saya pada 2015 hingga kini tidak apa kisahnya. 

Pada bulan Mac 2015, saya telah membuat laporan polis di IPD Kuantan berkaitan tindakan seorang wanita dikenali sebagai Aisyah dari radio BFM memuatnaik video hina Islam dan Hudud. 

Banyak laporan polis dibuat seluruh negata, namun pada satu kenyataan Ketua Polis Negara mengarahkan laporan yang saya buat diberi perhatian untuk siasatan. Mungkin kerana ia agak lengkap dan siap dengan lampiran yang berkenaan. 

Laporan disiarka dalam akhbar Harakah 5 April 2015

Tapi hingga hari ini tiada pendakwaan pun yang dibuat terjadai Aisyah. Antara kes hina manusia dengan hina agama, mana yg lebih relevan sebenarnya?. Sebab tu sy malas nak buat laporan polis ke Iswardy Morni ni. sbb malas jadi mangsa siasatan pulak. Musykil. Apakah kerana Aisyah bukan orang politik, maka tiada apa-apa tindakan terhadapnya?. 


Saya tidak menyangka membuat laporan polis terhadap ini, menyebabkan saya telah disoal siasat sehingga lima hari.

Ketika itu, saya ialah orang pertama yang membuat laporan polis terhadap Aisyah Tajuddin, gadis dalam video tersebut.

Disebabkan saya orang terawal yang membuat laporan jadi laporan itu menjadi asas siasatan dan kukuhkan bukti pendakwaan dan saya akan menjadi saksi utama pendakwa.

Saya telah berikan kerjasama penuh dan pihak polis pun telah keluar kenyataan akan panggil Aisyah ke Kuantan untuk tujuan siasatan. 

Saya telah banyak kali membuat laporan polis bagaimanapun kes itu paling teruk dan mencabar baginya kerana terpaksa disiasat selama lima hari siang dan malam. Bahkan hingga jam 3.00 pagi. 

Saya hampir menarik balik laporan polis tersebut kerana letih disoal siasat, namun setelah dinasihat dan diberi semangat kawan-kawan terpaksa mengambil sikap: ‘alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah’.

Kes video lakonan seorang gadis iti dengan nada sinis mempertikaikan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah negeri Kelantan yang telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri menjadi tular ketika itu. 

Berikutan itu, timbul pelbagai reaksi dan kecaman terhadap aksi tersebut yang boleh ditafsirkan sebagai menghina hukum hududn.

Saya percaya Aisyah akan mempertahankan diri sebagai tidak bersalah dan peguam-peguam terkemuka akan membelanya.

Namun apa yang saya hairan sudah lebih 5 tahun kes ini senyap. Saya pun tak tahu lagi apakah status ker tersebut. 

Susulan isu hina Agong ini, maka saya sekadar ingin bertanya dan musykil apkah kes itu ditutup begitu sahaja? Apa guna saya disiasat sedemikian rupa? Saya pun tidak pasti apakah Aisyah ditangkap dan dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan.

Justeru, mohon info terkini kes hina hudud ini agar saya boleh membuat persediaan untuk ke mahkamah seperti yang dijanjikan sebelum ini. Musykil 🤔🤔

Read more »

Bersara Pilihan, Saya Tidak Akan Bertanding Calon Bebas Lagi Pada Pilihanraya Umum Ke-15 Ini (Dengan Izin) !

 

Saja nak maklum, ramai shbt  brtanya sejak dr malam tadi  adakah saya akan bertanding lagi pada PRU15 ini. So, usia pun dah menjangkau 50 tahun pd 25 Mei lalu. Dngan ini saya umum, saya tidak akan bertanding sbgi CALON BEBAS lagi pada pilihanraya kali ini. Cukuplah dua kali saya sedekahkan RM5K + RM5K kpd kerajaan.  

Biarlah shbt2 yg lain pulak bertanding BEBAS.  Saya nak rehat, dah tua & 5 series dah. Biarlah yang terakhir di PRK DUN Chini pd Julai 2020 lalu. Sejarah mbuktikan sy tak pernah tarik diri dalam semua pilihanraya yg saya sertai walau  pun mendapat tawaran utk berbuat demikian.

Soal kalah menang belakang kira, tapi di atas nama perjuangan rakyat sy tidak tewas dalam permainan politik wang, saya tak lompat sana sini selepas rehat dari PKR pada 11.2.11 lalu. Saya konsisten dengan perjuangan rakyat biar pun tidak berparti dan hanya menjadi aktivis bebas. Saya tidak mengampu sesiapa bahkan boleh menegur sesiapa. 

Sy tidak khianat pada mandat rakyat walau pun sy boleh mengecapi kemewahan jika berbuat demikian. Maka itulah saya ambil keputusan BERSARA PILIHAN dari bertanding BEBAS pada PRU15.  Sebab rakyat tidak akan pilih mereka yang benar2 ikhlas utk perjuangkan serta  membela nasib mereka.

Rakyat hanya akan pilih siapakah yang banyak berikan dedak dan hulur duit kpd mereka setiap kali pilihanraya. Inilah amalan politik berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Maka biarlah saya berehat (dengan izin). 

Mungkin bukan rezeki sy untuk bersuara dalam sidang DUN Pahang bagi perjuangkan isu rakyat seperti pencerobohan hutan, tanah, balak dll secara haram yang amat merugikan negeri ini. Juga bukanlh rezeki saya untuk memperjuangkan kerosakan alam sekitar dibuat oleh tangan2 manusia selama ini. Saya mohon undur diri dari tanding bebas PRU15 ini.

Bukan saya kata WAKIL RAKYAT lain tidak UP isu ini dalam Sidang DUN, tapi majoriti mereka sudah tidak mampu bersuara sebab sudah lali dengan adengan yang berlaku depan mata. So lebih baik diam untuk jaga kepentingan politik masing-masing. Sebab kadang2 penceroboh haram itulah yang banyak sumbangkan dana2 untuk perjalanan politik masing2. Tegur karang hilang pulak sumber untuk ditabur kpd rakyat.

 
Lebih baik diam dan pertahankan, cover line dan dakwa mereka yang bongkar buat fitnah. Dakwa dan saman mereka di mahkamah agar tidak  berani lagi untuk bersuara. Inilah hakikat yang berlaku sejak sekian lama. Maka ubahlah.
Salam perjuangan leluhur buat semua rakyat !

 
#caknademirakyat #suararakyatsuarakeramat

http://cucumatkilau.blogspot.com/2021/06/bersara-pilihan-saya-tidak-akan.html?m=1


Read more »

Kes Curi Balak, Sampai Bila Rakyat Mahu Di Sajikan Adengan Ini Agaknya ?

Ingatkan habis dah 82 kes curi balak pd tahun lepas, kishanya tahun 2021 ada pulak kes curi di kawasan hutan simpan Pahang. Saya saja2 nak tanya yang Hutan Simpan ni sebrnarnya di simpan untuk siapa? Ingatkan untuk khazanah alam bagi dinikmati generasi akan datang. Tp, pelik pada zaman moden macam ni masih lagi kita disajikan dengan adengan sebegini.

Saya nak tanya, tak rasa malu ker pihak berkeaan yg sepatutnya menjaga hutan, tapi tak sedar curi berlaku sepanjang zaman sejak dulu lagi. Saya pelik, pencuri balak ni biasanya ada kilang yg bersubahat. Tapi anehnya bila jentera2 ditahan pihak berkuasa GAGAL semak dengan JPJ ia didaftarkan atas nama SAWMIL yang mana?. Sebab itu kita hanya dengar kes curi tapi tak biasa pulak dengan KILANG DI SITA dan tokey didakwa di mahkamah.

Inilah MISTERI BALAK yang disajikan sejak sekian lama. Akhirnya yg kaya ialah mereka yang BERSEKONGKOL dgn pencuri2 terbabit. Rakyat makan debu, waktu pilihanraya tokey tabur dedak suruh bagi kat rakyat marhaen untuk undi. Apakah senario seperti ini harus dibiarkan sampai kiamat?? Mujurlah orang macam saudara Khaidir Ahmad wujud agar mendedahkan penyelewengan yg terjadi selama ini. Sebab itu mereka yg makan hasil menganggap beliau musuh, sebab kacau jer bisnes cari makan puak2 ini. Sedarlah rakyat!

Sampai bilakah kita harus terpedaya dengan mainan mereka2 yang berkempentingan. Apa yang ada habis ditarah hingga menjejaskan alam sekitar. Tadahan air hujan dirodok dek mereka yang berlesen tanpa memperdulikan pasak bumi. Akhirnya banjir lumpur melanda bumi ini, walau pun bermati-matian dinafikan. Sudah tiba masa rakyat marhaen guna kuasa yang ada untuk membantu kerajaan benteras aktiviti curi balak ini. Namun, siapalah kita.

Mahu masuk kawasan hutan simpan pun dah ditangkap dan didakwa, melainkan jentera yg berkaitan sahaja dibenarkan. Rakyat terpaksa berhadapan dengan undang2, melainkan ada  pengeras baru boleh terlepas. Begitu 'bobrok' amalan ini sejak sekian lama. Jika kita tidak mahu ubah, pasti mereka tidak kisah dan biar ia terus berlaku. Cerita yang sama berulang2 hingga ke akhir hayat. Inilah hakikat sebenar. 

#caknademirakyat #suararakyatsuarakeramat

Read more »

Kes Curi Balak, Kenapa Kuli Dan Jentera Di Tahan Tetapi Tokey Kilang Terlepas?

 

Saya pelik, dengan kelengkapan yang canggih. Siap ada dron dah helikopter lagi pada hari ini. Tapi kes curi balak yang berlaku tidak pernah terhenti hatta pada waktu PKP. Bayangkan 82 kes berlaku sepanjang PKP tahun lepas shaja. Saya hairan bila curi balak, penguatkuasa aim kuli2 jer. Ramai yang ditangkap level bawah2 tapi tokey2 kilang balak jarang yg kena tahan.

Sebab apa yer? Adakah kerana orang dalam? Siapa yang tahu lokasi kayu balak terbaik? So siapa yang tahu pelan kawasan balak yg ada kayu bermutu tinggi? Siapa yang ada link dgn tokey2 nih? Adakah orang macam kita? Maka diakhir zaman ni kita kena berpijak di bumi yg nyata bahawa pencuri balak mencuri sbb ada kabel yang digunakan. Itu saja saya nak bagi tahu, sebab itu mereka hidup mewah dan ada banyak harta lepas bersara dari perkhidmatan. 


Tapi, ramai yang mati sebab penyakit kronik dan misteri. Sbab apa ye? Mungkin kifarah akibat mentekedarah duit haram bagi makan anak bini selama ini gamaknya. Saya tengok, siapa saja pemimpin yang jadi peneraju isu ini tidak selesai. Malah ada yang kata, mungkin sampai KIAMAT kot. Tibalah masanya rakyat kena berani bersuara nyatakan kesangsian. Rakyat tahu angkara siapa, tapi mereka sudah tidak percaya dengan undang2 yg ada sebab mereka yang membuat laporan akan didakwa.


Ayat paling mudah, FITNAH. Walhal semua tahu apa yang jadi sebenarnya. Mana mungkin kecurian balak berterusan tanpa sekatan. Jika begitu amalannya, apa guna penguatkuasaan? Nampak benar mereka yang berkenaan, duduk dikerusi empuk untuk melihat adengan ini dan gagal berbuat apa2. Bayangkan 82 kes, berapa ratus juta kerajaan rugi? Kantung kerajaan tak masuk, tapi poket masing2 kembung. Adengan ini harus dibenteras dan kita tidak boleh lagi harapkan penguatkuasa jalankan kerja, sebab unsur 'pengeras' dan 'wang pelincir' seringkali bermaharajalela sejak sekian lama.


Selamatkan mereka yg terlibat, sebab majoriti mereka bangsa Melayu dan beragama Islam. Jangan biarkan mereka terus dibuang mimpi2 indah hidup disaluti kemewahan duniawi. Ini masa kita kena sedarkan rakan-rakan kita agar bangkit dari lamunan. Jangan biarkan duit yg haram mengalir ke dalam tubuh badan anak cucu mereka. Ingatlah, Allah melihat apa yang anda kerjakan. Di dunia mungkin terlepas dek kerana kebijaksanaan, tapi diakhirat sana? ✊

#caknademirakyat #suararakyatsuarakeramat

Read more »

Penguatkuasaan SOP, Usah Keliru Dengan Mainan Persepsi Dan Provokasi !

 

Ramai yang terkeliru dengan mainan persepsi dan provokasi dalam bab pengiatkuasaan SOP. Saya pun asalnya keliru juga, bila rakyat jelata buat salah, langgar SOP cepat jer pihak PDRM bagi surat kompaun atau saman. Tapi bila kat golongan kayangan, siap ada kertas siasata lg dan tunggu arahan dari pendakwaraya bagai2. Maka pihak PDRM dihentam, kutuk dan dicaci brtalu2 atas alasan tidak adil dan sebagainya. 


Selepas saya amati betul, barulah saya faham kes berbeza sebrnarnya. Dalam isu kayangan seperti kes Neelofa, Awie Wings, Datuk K, Siti serta ramai lagi selebriti tanahair isu mereka sebenarnya ditimbulkan selepas diviral pihak tertentu di media sosial. Kadang isu tersebut dah lepas beberapa hari yg lalu. Sebab itulah  polis kena siasat kesahihan gambar atau pun video yang didedahkan. Mana boleh terus jer pegi kompaun, kalau fitnah macam mana???

Dalam kes rakyat marhaen, sebab apa saman atau kompaun dikeluarkan on the spot? Sebab ia berlaku dilokasi kejadian ketika operasi SOP sedang dijalankan. Itu yang tak perlu nak buka kertas siasatan dan tunggu pendakwaan oleh pihak mahkamah. Maka tak perlulah kita hari2 dok marah kat pihak berkuasa terutama polis. Mereka menjalankan tugas, kita dah dimaklum akan penguatkuasaan SOP.  Kita yang degil tak follow dan langgar, maka kita tak perlu marah kat pihak berkuasa yang menjalankan tugas sebenarnya. Terkadang kita emosi sebab tak faham tindakan dan peraturan yang dibuat.

Maka tak peliklah, ada kes kena buka kertas siasatan dan tunggu arahan mahkamah untuk pendakwaan. Sebab kes tu bukan berlaku kat depan pihak berkuasa ketika operasi dijalankn. Usahlah kita terus keliru dengan mainan emosi dan persepsi. Sedangkan kita tak faham beza kedua-dua kesalahan yang berlaku. Misalnya, orang pos gambar kita langgar SOP dalam FB. Kejadian dah berlaku seminggu yang lalu. So,  bila ada aduan atau dilihat benar langgar SOP pihak polis kena buka kertas siasatan dulu.

Lepas tu kita dipanggil untuk bantu siasatan yang dijalankan. Jika kita salah barulah kita akan dikenakan hukuman dan sebagainya. So, sebab itulah dalam kes majlis tahnik Tokti dan Datuk K, selepas siasatan selesai dan pihak pendakwaan membuat keputusan barulah kesemua yang terlibat dijatuhkan hukuman RM10K utk pasangan terbabit dan RM2K utk pendakwah yang hadir. Makna kertas siasat dah lengkah, sah majlis itu langgar SOP baru tindakan kompaun dikeluarkan sebenarnya.

Dalam kes kena saman semasa Sekatan Jalan Raya (SJR), ia berlaku di lokasi dan pada masa operasi dijalankan. Sebab itu surat kompaun di keluarkan terus, tak perlu lagi siasatan kerana sudah terbukti depan mata melanggar SOP. Ini yang berlaku kepada rakyat marhaen yang kita kena faham. Janganlah kita bermain dengan api kemarahan, hingga kita tak boleh beza dan kata "antara dua darjat". Bila rakyat marhaen terus dikompaun, bila golongan kayangan di buka kertas siasatan dulu. Walhal situasinya adalah berbeza sama sekali.  Justeru harap semua faham dan tidak terus menyalahkan pihak berkuasa lakukan penguatkuasaan ini.

Semua atas diri kita, kadang kita tahu kita yg cuba langgar dan nak buat salah. Tapi pelik, bila kena saman kita marah dan viralkan sbb nak raih simpati agar netizen simpati dalam masa yang sama menghentam pihak PDRM kononnya bertindak zalim terhadap rakyat. Inilah yang terjadi kepada kes penjual burger, jeruk colek buah, penternak lembu dan lain2 yang hangat ditularkankan di media sosial.

Saya hanya menyatakan kebenaran, jika rasa tak setuju dengan pandangan ini maka hak anda untuk menilaikannya. Apa pun, patuhi SOP agar kita sama-sama dapat putuskan rantaian pandemik Covid-19. Kiita jaga kita.

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

D  U  N   T  E  R  J  A  H


BLOGGER CUCUMATKILAU

Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

A  N  G  K  A  R  A


Blog: 

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

www.cmk-tv.blogspot.com

Page:

www.facebook.com/cmkshukrieramly

www.facebook.com/angkatanpembelarakyat

Instagram:

www.instagram.com/cmk_cucumatkilau

www.instagram.com/angkaraterjah

Twitter:

www.twitter.com/cmkpahang

www.twitter.com/Angkaraterjah

Youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg (CMK TV)

Read more »

Pelik, Polis Sahkan Menteri Di Periksa Dalam SJR Di Perasing, Menteri Nafikan Dan Dakwa Di Fitnah !

 

Apa sudah jadi dengan pemimpin kerajaan. Saya tak tahu mana satu betul mana satu salah. Tapi agak pelik dan mengelirukan. Antara polis dengan menteri kabinet, yang mana satu boleh dipercayai kenyatannya. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menafikan dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang wanita berprofil tinggi.

Namun, polis mengesahkan beliau diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di lokasi tersebut 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Siap menteri nak ambil tindakan kepada penyebar fitnah. Masalahnya berita yang tular ini disebarkan oleh semua media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan sendiri.

Mana mungkin media arus perdana boleh siarkan berita sampah yang dikutip ditepi jalanan. Saya kenal dengan rakan-rakan media arus perdana. Mereka akan rujuk kepada pihak polis jika ada isu-isu yang diragui terutamanya dalam kes jenayah dan sebagainya.

Dalam kes ini, yang bagi kenyataan Ketua Polis Terengganu. Tak mungkin pihak polis nak buat fitnah terhadap seorang menteri kerajaan yang memerintah.

Memang pelik kes nih, menteri pulak buat laporan dakwa difitnah. Agak-agak ending fia macam mana yer? Maka fikirkanlah.....

Read more »

Sah, Majlis Tahnik Anak Tokti Datuk K Langgar SOP, Golongan Kayangan Jangan Banyak Alasan Lagi !

Golongan kayangan ni kadang2 bila langgar SOP, pandai jer belit nak menipu rakyat rakyat marhaen. Konon tak langgar SOP buat majlis.

Last2 kena kompaun RM10K. Paling pedih geng2 pendakwah pun macam2 alasan diberikan. Tak rentas negeri, slada rumah mertua, singgah rumah kawan, dan bagai2 lagi.

Siap ada ustaz buat kenyataan bagi nafikan langgar SOP. Sepatutnya awal2 mengaku jer buat salah dan mohon maaf. Lagi pun kompaun bukan kena bayar, dah tentu Datuk K tolong bayar. Sebab majlis tahnik anak dia kot.

Apa adahal RM20K nak bayarkan. Peliknya ada seorang ustaz tu beriya nak pertahankan benang yang basah tu. Ada pulak yang percaya cakap ustaz nih. Maka dalam. media sosial dok pertahankan kata Ustaz tu tak buat salah dan ikut prosedur. Dia dah dengar ustaz tu cakap.

Nampak kat sini, bila kuasa dah ada maka mudah benar golongan agama cuba nak menipu rakyat. Akhirnya mahkamah putus semua mereka bersalah.

Tak kiralah salah dari segi apa pun, tiada penjarakan sosial, tak pakai mask, rentas negeri atau sebagainya

Apa yang penting, salah tetap salah. Jangan nak cover2 line sebab Allah lebih mengetahui. Saya tak tuduh siapa betul siapa salah, tapi mahkamah yang putuskan. So, yang salah tetap salah. Usahlah cover2 line lagi yer. 

Read more »

Isu Roti Gardenia Naik Harga, Menteri Cakap Lain Tapi Syarikat Buat Lain !

Apa sudah jadi? . Baru dengar harga roti Gardenia masih kekal dan tiada kenaikan harga akan berlaku bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.

Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang dan melakukan pembelian panik berikutan tersebarnya surat yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan harga roti Gardenia.

Tiba2 dalam masa yang singkat, ada pula pengumuman daripada syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Saya melihat isu ini betapa lemahnya kerajaan kerana akur dengan syarikat terbabit hingga gagal untuk memastikan rakyat marhae itu terbela. Sepatutnya bila kerajaan umum, maka syarikat berkenaan akur dan patuh kerana rakyat didahulukan. Sebab tu rakyat marah kepada kerajaan yang dikatakan gagal.


Anda sendiri fikirkanlah. ika benda sekecil ini pun gagal ditangani dengan baik. Apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat marhaen lagi. Cakna Demi Rakyat. #CMK

Read more »

Kontroversi Isu 'Balak Luar Biasa', Salah Faham Jadi Punca Perbalahan Antara DS Shahaniza Dan Khaidir Ahmad !

Saya terpanggil untuk membicarakan isu panas 'kayu balak bersaiz luar biasa' yang sedang panas akibat pendedahan Khaidir Ahmad, yang tular dimedia sosial baru-baru ini.  

Saya tidak sangka isu tersebut menjadi semakin besar apabila Khaidir membuat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin semalam. 

Khaidir mendakwa exco terbabit telah menfitnah beliau, sedangkan exco itu pula mendakwa Khaidir keluarkan kenyataan fitnah berkaitan isu tersebut. 

Saya malas nak ulas perbalahan antara kedua pihak itu tadi. Namun, bagi saya sebagai exco DS Shahaniza ada hak untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Pahang, kerana gara-gara posting Khaidir itu rata-raya netizen menyangka ia melibatkan penguatkuasaan hutan di Pahang. 

Maka, ramai netizen yang menghentam Kerajaan Negeri Pahang termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang itu sendiri. 

Mungkin netizen ingat, balak luar biasa itu dibawa keluar pada musim PKP Covid-19 dari hutan di negeri ini. Walhal balak itu dibawa dari Terengganu ke Selangor dan hanya singgah di Pahang seketika sahaja. 

Sebagai rakyat  marhaen terutamanya yang cakna isu rakyat, sememangnya akan ambil tahu apa yang berlaku. Benar, ada yang kata boleh terus bertanya kepada pemandu yang berkenaan jika inginkan kepastian.

Namun, diketika musim PKP ini tidak mungkin ia boleh berlaku. Tambahan pula bagi kita yang tidak ada kuasa melakukannya. Mana boleh kita sewenangnya minta mahu melihat  dokumen perjalanan membawa kayu balak itu.

Lainlah kita adalah penguatkuasa JPJ, pegawai polis atau lebih afdal lagi penguatkuasa hutan. Sekadar rakyat biasa, kita yang tertanya-tanya memang akan ambil gambar dan tularkan di  media sosial.  Bukankah ini zaman viral?, apa yang nak dihairankan?.

Jadi tidak salah Khaidir sekadar bertanya, sebab dia nak tahu apa kisahnya balak bersaiz luar biasa itu boleh dibawa keluar dari hutan?. Sudah pasti balak itu sepatutnya dipelihara kerana ia adalah khazanah alam untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Tidak kira hutan mata, ia ternyata menimbulkan seribu tanda tanya. Siapa yang benarkan? pihak mana yang luluskan lesen? dan berbagai-bagai lagi soalan bermain difikiran rakyat.

Mungkin Khaidir ingat, balak itu dari hutan di Pahang atau mana-mana lokasi yang berdekatan maka dia sangka Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada hari Ahad. Ketika itu mana kita tahu balak itu dari Terengganu, dan di sana Ahad adalah hari bekerja.

DS Shahaniza pula berhak menegur Khaidir kerana kenyataan beliau itu mengundang provokasi dan kontroversi sebenarnya. Apa tidaknya, rata-rata komen yang dibuat oleh netizen lebih menjurus kepada kecaman terhadap Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri.

Maka, DS Shahaniza selaku exco, menuduh Khaidir membuat fitnah terhadap isu ini. Walhal isunya benar iaitu Khaidir melihat ada lori treler membawa kayu balak bersaiz luar biasa berehenti di RNR Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada hari kejadian.

Tuduhan itu mungkin agak pedas, tambahan pula saya melihat begitu ramai penyokong DS Shahaniza mula mengecam tindakan Khaidir. Tidak kurang juga yang menyokong tindakan beliau kerana cakna isu rakyat.

Begitu juga dalam posting yang dibuat oleh Khaidir, ramai yang menghentam beliau dan tidak kurang juga yang menyokong tindakannya itu. 

Sesuatu yang normal, ada pihak yang menyokong dan mengutuk kita di media sosial sebenarnya. Mana boleh kita hanya melayan sokongan tapi tidak mahu berhadapan dengan kutukan dan kecaman. Jika takut, lebih baik tutup media sosial kita.

Saya dah lalui sebelum ini, sebelum Khaidir jadi aktivis alam sekitar (bertugas dengan TV3) lagi saya sudah menerima kutukan dan kecaman atas apa sahaja isu rakyat yang diperjuangkan. Sebab apa? kerana ia melibatkan pihak yang berkepentingan. 

Siapa tak marah apabila, projek mereka ditegur oleh pihak lain. Walau pun projek itu melanggar syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan itu sendiri sebenarnya.

Namun, jika tiada pihak yang menegur sudah pastilah rakyat marhaen akan menjadi mangsa akhirnya. Sebab itu orang-orang seperti kami perlu ada. Sebab adakalanya yang melakukan perbuatan itu adalah orang politik yang ada kuasa dan kepentingan.

Mana mungkin penguatkuasa atau penyokong mereka berani nak menegur?. Jika tegur pasti akan diambil tindakan?. Contohnya isu pengondolan hutan dalam kawasan bandar dekat Bukit Sekilau di Kuantan. 

Hingga ke hari ini saya melihat tidak ada mana-mana pihak terutamanya penyokong kerajaan yang minta siasatan dilakukan bagaimana tanah bukit hak kerajaan yang luas itu boleh dibeli oleh pihak luar. Malah difahamkan harga jualan pula jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kenapa tanah bukit dijual dan dijadikan kawasan penempatan hingga mencacatkan alam sekitar bandaraya Kuantan?. 

Sampai ke hari ini tiada seorang pun pemimpin atau exco kerajaan negeri yang berbunyi, atau pun orang parti kerajaan yang berani bersuara. Walhal mereka tahu siapakah yang terlibat dibelakang tabir kelulusan tanah tersebut. 

Pejabat Hutan Daerah Kuantan ada ditepi bukit yang ditarah, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana tanah itu bukan hak kerajaan dan sudah menjadi hak milik individu.

Persoalannya, bagaimana tanah kerajaan boleh terlepas menjadi milik individu?. Pernahkah ada yang bersuara dan minta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan?.

Sebabnya, jika bangkitkan isu ini yang akan rosak ialah nama Kerajaan Negeri Pahang. Justeru lebih baik masing-masing mendiamkan diri biar pun tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat sebenarnya. 

Sebab itulah, rakyat bising dalam isu yang dibangkitkan oleh Khaidir Ahmad sebenarnya. Rakyat tidak percaya dan yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan, apatah lagi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 

Malah, ramai netizen yang saya lihat membangkitkan isu pejabat hutan cepat bertindak mengejar lori treler yang membawa balak luar biasa itu walau pun sudah masuk ke Selangor. Difahamkan, lori terbabit ditahan di RNR Gombak Arah Barat, beberapa kilometer menghampiri Plaza Tol Gombak.

Tindakan terbaik, sampai melepasi sempadan kata netizen, namun dalam isu beribu ekar hutan simpan di Raub yang diceroboh kemudian ditanam durian 'Musang King' kenapa hingga hari ini tidak ada seorang pun penceroboh yang ditangkap atau didakwa kerana kesalahan dibawah akta perhutanan?.

Walhal, sebelum ditanam durian 'Musang King' tanah-tanah tersebut adalah hutan simpan yang terletak berhampiran jalanraya utama dan nampak jelas jika mahu ambil tindakan. Inilah yang menjadi persoalan sebenarnya. 

Justeru, tidak perlulah berbalah dalam isu lori treler yang membawa balak luar biasa dari Terengganu itu. Saya menggesa Khaidir menarik  balik 'laporan polis' yang dibuat demi keharmonian semua pihak. Banyak kerja lain lagi yang boleh dibuat oleh pihak polis sebenarnya.

Bermaaf-maafanlah di bulan Syawal yang mulia ini. Usahlah terlalu emosi dalam isu yang banyak 'kelompongan' seperti ini. Apa akan jadi jika DS Shahaniza pula membuat laporan polis dan menfailkan tindakan saman? Akhirnya apa kesudahan isu ini? Walhal ia hanya berlaku di media sosial dan salah faham itulah yang menjadi punca.

Khaidir salah faham tidak siasat dulu sebelum membuat posting dan menyangka ia adalah kayu balak dari hutan di Pahang  (berdasarkan ayat hari Ahad cuti, Terengganu kerja). DS Shahaniza pula salah faham sebab ingatkan Khaidir terus menuduh dan mengaitkan isu tersebut untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pahang. Usahlah bertelagah diketika umat Islam sepatutnya bermaaf-maafan dihari lebaran. Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Read more »

Genap Usia 50 Tahun 25 Mei, Perjuangan Hak-Hak Rakyat Bakal Di Teruskan Terutamanya Isu Tanah !

Tanggal 25 Mei 2021 baru2 ini genaplah usia saya  ke-50 (1971). Nampaknya dah 5 series untuk meneruskan perjuangan masa hadapan. Apa pun ia diharap dapat mematangkan lagi perjuangan yang telah saya lalui sejak sekian lama.

Saya tak punya apa-apa kemewahan untuk dibanggakan, kerana saya senantiasa dimusuhi oleh penguasa atau mereka yang berkuasa. Apa tidaknya, sejak 1998 saya sering mendedahkan berbagai bentuk penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan di Pahang khasnya dan di Malaysia amnya.

Apa pun, saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Memang kerajaan tidak suka, tapi saya ada rakyat marhaen yang mengharapakan ada pihak yang berani bersuara untuk membangkitkan hak mereka dan berani menyatakan kebenaran biar pun pahit.

Saya tidak suka mengampu terutamanya golongan penguasa yang bertopengkan perjuangan rakyat untuk mengaut keuntungan peribadi mereka. Rakyat hanya digunakan untuk kuasa, bila sudah ada kuasa hak-hak rakyat dinafikan.

Contohnya dalam isu permohonan tanah. Rakyat yang memohon terkadang sampai mati tak dapat. Siapa yang rapat dengan kroni atau proksi pemimpin akan mendapat hasilnya walau sepatutnya tidak layak.

Rakyat marhaen, walau sudah 40 hingga 50 tahun mendiami dan mengusahakan tanah  akhirnya dinafikan hak. Walau pun berkali-kali mereka memohon untuk mendapatkan geran hak milik. Campur tangan orang atasan dan dalang-dalang di pejabat tanah dan daerah antara punca mengapa hak rakyat marhaen dinafikan.

Mereka hanya akan ditawarkan lot-lot tanah tatkala menjelang musim pilihanraya. Ketika itu borang tanah akan diedarkan, maka berbondong-bondong rakyat berbaris untuk membeli tanah di pejabat tanah dan daerah. 

Tanah kelompok dijanjikan, namun selepas pilihanraya 'habuk pun tarak', siapa yang dapat? Mereka yang tidak berkenaan, digunakan nama untuk jadi proksi. Ramai terdiri dari kalangan orang luar, bukan orang tempatan.

Akhirnya orang kampung dinafikan hak dengan kerja yang dibuat oleh pemimpin setempat dengan orang dalam. Tanah itu kemudian dibeli oleh pihak terbabit dengan harga murah.

Biasanya penama setuju jual, sebab mereka bukan orang tempatan. Mereka orang luar yang bekerja di kawasan itu. Kebanyakkannya adalah terdiri dari kalangan guru, sebab mereka selalu bertukar-tukar atau bila pencen akan balik kampung.

Orang kampung yang sepatutnya layak memohon tak dapat, mereka melopong tengok nama yang berjaya kebanyakkan orang luar. Tanah-tanah ini kemudian akan dijual oleh 'broker' kepada tokey-tokey untuk dimajukan sebagai ladang atau perumahan.

Bagi lokasi yang dekat dengan bandar, sudah semestinya dibuat taman perumahan. Inilah peluang 'broker' dapat untung 10-3 dengan tokey pemaju. Bayangkan kalau rumah berharga RM300,000 bukankah mereka yang terlibat ini secara automatik jadi jutawan segera.

Rumah akan diagihkan sesama anak beranak dan selebihnya dijual melalui pemaju perumahan terbabit. Jika di kawasan luar bandar, akan dijual kepada tokey ladang untuk dimajukan sebagai ladang sawit atau sebagainya.

Modus operandi inilah yang telah berlaku sejak zaman berzaman dengan kerjasama orang dalam untuk dapatkan tanah kelompok. Akhirnya siapa yang kaya?. 'Broker' yang rapat dengan proksi orang atasan dan orang dalam.

Ketika pilihanraya mereka gunakan orang-orang kampung untuk berkempen dan sekali lagi menjanjikan lot tanah atau rumah kepada rakyat  marhaen. Isu ini sudah berlaku sejak sekian lama. Sebab itu, pemohon yang sepatutnya layak tidak diberikan surat gagal atau permohonan ditolak. Jika ini berlaku, pasti rakyat akan menolak pihak berkenaan setiap kali pilihanraya.

Saya kesian tengok rakyat yang tidak sealiran dengan pihak berkenaan dinafikan hak sejak sekian lama. Namun, bagi mereka yang sealiran tanah berpuluh ekar dapat ke tangan mereka dengan bantuan orang atasan dan orang dalam.

Ini adalah contoh ketidakadilan yang terang dan nyata sebenarnya. Justeru, saya rela perjuangkan nasib rakyat walau pun saya tidak memiliki tanah 'sekangkang kera'. Saya sendiri temuduga tanah beberapa kali namun tidak pernah dilayan, apatah lagi diluluskan. 

Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan dan semangat. Biar pun saya dituduh dengan berbagai tohmahan. Namun, hingga ke saat ini saya berjaya menangkis segalanya dan meneruskan perjuangan rakyat. 

Justeru, dalam usia 50 tahun ini saya merasakan perjuangan akan lebih disemarakkan. Biarlah saya kalah dalam pertandingan atau pemilikan hartanah, namun akan terus berjuang membela rakyat marhaen walau pun saya bukanlah sesiapa. Tiada pangkat, tiada harta malah tiada sebarang jawatan. Namun segalanya diteruskan dengan semangat perjuangan harmoni.

Saya harap agar rakyat marhaen terus memberikan maklumat sekiranya mereka menjadi mangsa dalam isu sebegini. Iaitu, dipermain-mainkan oleh pihak berkaitan untuk kepentingan masing-masing. Biarlah saya kalah bermaruah, daripada menang merasuah. #CMK

Read more »