Biar pun kawasan hutan yang digondolkan bersebelahan Pejabat Hutan Daerah Kuantan merupakan tanah milik persendirian dan bukannya kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seperti didakwa dan ditularkan sesetengah pihak.
Namun seluruh rakyat Kuantan tetap mahu tahu, kenapa tanah kerajaan itu boleh terlepas atau dijual kepada individu? Siapa dalang terlibat dan kenapa Kerajaan Negeri Pahang biarkan?. Sebab ia begitu hampir dengan kawasan perumahan penduduk. Bukit dan hutan itu adalah tadahan hujan sebenarnya. Bil ia digondolkan, ia agak bahaya kepada taman perumahan disekitar lokasi terbabit.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yassin pernah mendakwa, kawasan tersebut merupakan dua lot tanah milik persendirian seluas 20 hektar yang terletak di luar kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Galing.
Beliau memberitahu bagaimanapun beberapa aktiviti penguatkuasaan telah dilakukan di kawasan itu pada Jun 2016 atas beberapa kesalahan yang dikenalpasti.
Jabatannya pernah menahan kerja projek memecah batu granit di kawasan ini pada 2016 kerana ketika projek ini dijalankan pejabat mendapati pihak kontraktor telah melakukan kerosakan pada tanda cat sempadan Hutan simpan Bukit Galing.
Kemudian difahamkan pada 21 Jun 2017 sekali lagi jabatan itu menahan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor di kawasan yang sama kerana telah melakukan kesalahan membuang sisa tanah dan melonggok tanah dalam HSK, menggali kolam takungan air dalam HSK, merosakkan tanda sempadan HSK dan juga memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran.
Menurut beliau lagi selepas aktiviti penguatkuasaan tersebut pihak kontraktor tidak lagi menjalankan kerja-kerja memecah batu atau meratakan tanah di kawasan berkenaan.
Susulan itu juga pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mencadangkan Kerajaan Negeri menjadikan kawasan yang telah digondolkan tersebut sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Alasannya, dengan dijadikan hutan simpan kawasan ini boleh diuruskan dengan lebih baik seperti dilaksanakan kerja-kerja tanaman semula kawasan yang telah digondolkan ini dan seterusnya dapat memulihkan semula kawasan ini daripada berlakunya hakisan serta bencana lain.
Persoalannya, kenapa tanah milik persendirian tiba2 dicadangkan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Mereka dah tarah, gondol ambil segala hasil mahsul kemudian nak jadikan hutan simpan. Mudah benar urusan mereka ini. Selepas dibiarkan ia gondol, baru terfikir nak dipulihkan dan ditanam semua hutan. Ini satu lagi kes "orang lain berak, kita yang kena cuci taik". Hasil mahsul dan untung mereka sapu.
Kenapa terlalu "bijak" orang kita uruskan hal berkaitan? Apakah ini SOP menjaga hutan?? Biarkan gondol, sapu hasil kemudian tanam semula untuk pulihara dan peliharan hutan?.
Sebab itu saya mahu urusan penjualan tanah tersebut didedahkan kepada rakyat marhaen. Berapa kos jual beli, adakah ikut harga pasaran atau sebaliknya. Siapa yang uruskan dan tanda tangan urusan penjualan tersebut dan lain-lain. Sebab pelancong melihat, hutan dalam bandar digondolkan. Tidak malukah kita dengan situasi yang berlaku ini.
Apakah semua pihak sanggup mendiamkan diri begitu sahaja? Risiko rakyat yang tanggung akhirnya. Benda tak berlaku tak apalah, bayangkan jika berlaku kejadian tidak diingini, bukankah kesalahan itu akhirnya akan diletakkan kepada pihak yang menjual tanah kerajaan ini. Kerajaan ada hak mengambil semula tanah tersebut dan menggantikan kawasan lain sebenarnya. Namun, kenapa ia tidak dilakukan?
Justeru saya akan mengangkat isu ini agar rakyat yang prihatin dengan alam sekitar dapat memahami isu yang berlaku di sebalik tabir isu bukit gondol dibelakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan seperti yang divirallan dimedia sosial sebelum ini. Kidahnya tanah kerajaan itu sudah menjadi tanah milik persendirian.
Jika hutan dan tanah dalam bandaraya Kuantan iaitu ibu negeri Pahang pun mereka gagal menjaganya dengan baik, apalah nak diharapkan dengan tanah dan hutan di hulu sebenarnya. Depan mata pun tak nampak, apatah lagi yang jauh nun dipedalaman.
Semua pihak yang terlibat dengan kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini perlu di bawa ke muka pengadilan. Ini kerana gara-gara mereka, kita melihat kehancuran, kerosakan dan pencemaran yang berlaku di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu.
Kerajaan Negeri Pahang gagal dalam usaha melindungi Tasik Chini, apabila membenarkan aktiviti guna tanah termasuk perlombongan dan pembalakan dilakukan sewenangnya tanpa memikirkan impaknya hari ini.
Bayang kerajaan boleh meluluskan lesen selepas sahaja Tasik Chini diikhtiraf sebagai Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2009. Mereka seolah-olah langsung tidak rasa bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar, sebaliknya meluluskan 14 lesen pajakan melombong di sekitar kawasan tasik tersebut.
Biar pun Kerajaan Negeri Pahang hari ini mendakwa sudah tidak luluskan lesen selepas 2019, namun sebahagian besar anggota exco keerajaan negeri yang ada hari ini ialah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang meluluskan 14 lesen pajakan melombong sebelum 2019.
Bahkan Menteri Besar Pahang sendiri pun berada dalam kerajaan terdahulu. Begitu juga beberapa orang exco. Maknanya mereka sama-sama membuat keputusan sebulat suara tanpa bangkang untuk meluluskan 14 lesen pajakan melombong di Tasik Chini.
Maka, bagaimana pihak yang bersama luluskan lesen mahu mengatakan komited menjaga kelestarian alam sekitar Tasik Chini hari ini? Mahu pulihara dan pelihara, walhal mereka juga terlibat membiarkan kehancuran Tasik Chini sebelum itu.
Mereka ini perlu diambil tindakan berlandaskan undang-undang jika benar kerajaan mahu serius memelihara Tasik Chini hari ini.
Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) perlu main peranan mendakwa mereka di atas undang-undang yang telah ditetapkan. Sama seperti majikan yang didakwa bila ada pencemaran alam sekitar.
Kesemua barisan exco yang ada dalam kerajaan terdahulu tidak boleh lepas tangan begitu sahaja, mereka perlu dipertanggungjawabkan. Barulah rakyat akan percaya tahap komited kerajaan untuk mengambil tindakan tegas dalam hal ini.
Pihak kedua yang perlu diambil tindakan ialah jabatan kerajaan yang terlibat dalam memproses permohonan lesen pajakan melombong. Enam jabatan berkenaan harus bertanggungjawab atas kerosakan dan kemusnahan yang berlaku. Mereka cuai dalam menjalankan tugas dan amanah. Mereka tahu Tasik Chini sepatutnya dilindungi daripada sebarang aktiviti guna tanah, tapi mereka mengikut arahan membuta tuli hingga mengabaikan aspek kemusnahan alam sekitar itu sendiri.
Pihak terakhir yang harus bertanggungjawab ialah operator pajakan melombong iaitu syarikat yang terlibat dan pemilik lesen berkenaan.
Ini kerana mereka sewenangnya mengambil hasil mahsul hingga mengabaikan tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar. Malah ada kes, hingga dikorek tanah dan bukit bukau betul-betul ditepi Tasik Chini. Jelas dapat dilihat daripada bukti video dan gambar yang disebarkan.
Justeru, kesemua pihak terbabit harus melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah bersama-sama abaikan kesucian Tasik Chini, keindahan flora dan fauna, kejernihan air, kehidupan binatang dan mata pencarian serta ekonomi orang asli yang terjejas.
Mereka ini harus dibawa ke muka keadilan dan didakwa berdasarkan undang-undang.
Jika tidak, kesemua mereka pasti tersenyum melihat apa yang berlaku ini.. Mereka yang terlibat, sebahagiannya mungkin mendapat hasil lumayan atas bahan mineral, sokongan dan kerja yang berkaitan. Rakyat melihat semua ini, jangan ingat rakyat diam.
Amat tidak wajar kerajaan sendiri keluarkan kos berkaitan untuk usaha pemulihan dan pemeliharaan. Sepatutnya segala kos perlu ditanggung oleh mereka yang terlibat, terutamanya operator pajakan melombong yang mendapat hasil lumayan atas projek yang dijalankan.
Bukan pejabat hutan tanam pokok, yang menjahanamkan pihak lain. Seolah-olah mereka berak, pejabat hutan cuci najis. Nanti bila pokok besar sudah pasti mereka juga yang akan makan hasil.
Pemusnah alam sekitar Tasik Chini perlu bertanggungjawab dan didakwa mengikut saluran undang-undang atas segala yang berlaku sebelum tahun 2019.
Saya juga mendapat maklumat, ada papantanda tertera pendaftaran pajakan melombong tahun 2002 dan berakhir 2025. Apa semua ini? PTG dakwa tiada kelulusan selepas 2019. Ini seolah-olah mengelirukan rakyat marhaen. Siasatan perlu dilakukan oleh pihak yang bebas kerana ia selaras dengan dakwaan portal Malaysiakini bahawa ada lesen melombong baharu diluluskan baru-baru ini.
Banyak sangat agenda tersembunyi dalam isu ini sebenarnya. Maka, rakyat marhaen termasuk orang asli Tasik Chini akan memantau janji-janji yang dibuat oleh kerajaan. Sekiranya ada aktiviti perlombongan dijalankan walau pun sebelah malam, maka mereka akan dedahkan. Rakyat jadi mata dan telinga kerajaan selepas ini.
Apa pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memerintahkan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Baginda juga menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini serta kawasan persekitarannya.
Raja payung rakyat, kepada Tuanku rakyat merayu dan mengadu agak tindakan diambil terhadap pihak yang telah merosakan alam sekitar Tasik Chini sejak tahun 2009. Usah biarkan perkara ini berulang lagi. Sebab jika berdasarkan janji, sudah acap kali mereka itu berjanji.
Malah, pada 2012 satu memorandum juga pernah dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan ketika iti. DUN Chini salah satu kerusi dalam. Parlimen Pekan. Apa berlaku? Janji tapi hakikatnya kehancuran demi kehancuran terus berlaku, baik oleh operator berlesen apatah lagi yang beroperasi secara haram.
Isu di Tasik Chini sebenarnya bukan soal lesen pajakan melombong yang diluluskan sahaja, tp ia juga libatkan lombong2 haram yg beroperasi tanpa lesen.
Isu sudah lama tapi tindakan oleh pihak berkuasa SLOW n STEADY. Sy pun pelik ! kenapa mereka gagal mengesan lombong yang haram ini sejak sekian lama.. Sebab, bila haram sudah pasti tak ikut prosedur yang ditetapkan !!
Langgar SOP dan sebagainya. Warga Chini tau sebab ramai juga anak peneroka yang bekerja di lombong2 haram ini sebenarnya. Mereka yg dah insaf mendakwa pelombong haram BIJAK.
Mereka kautim dengan pelesen HALAL untuk letakkan BAHAN MINERAL yang dikorek itu di kawasan STOCKPILE pelombong berlesen. So, pihak berkuasa susah nak pantau.
Tapi mudah kalau betul2 buat tindakan, sebab dekat tanah ada lot yang diluluskan. Hanya jabatan terbabit sahaja tahun tanah HARAM atau tanah HALAL. Patutlah Tasik Chini hancur, mereka tahu ambil. hasil sahaja.. Kelestariam alam dipersetankan!
Pada 12 Jun 2021 lalu, dalam satu kenyataan rasmi yang disebarkan kepada media Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang menafikan dakwaan wujudnya aktiviti perlombongan dalam rizab hutan simpan di sekitar Tasik Chini.
Pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PTG Pahang memberitahu, sebanyak 14 kawasam lombong telah diluluskan sebelum pewartaan dibuat tahun 2019, bagaimanapun selepas pewartaan, tiada lesen baharu dikeluarkan.
Namun, pada 14 Jun 2021 saya dikejutkan dengan aduan daripada rakyat marhaen di Chini yang pertikai kenyataan PTG Pahang.
Mereka mendakwa terdapat bukti ada lombong yang diluluskan pada tahun 2020. Turut disertakan kepada saya gambar 'signboard' yang dengan jelas menunjukkan nombor lesen ML15/2020. PTG Pahang dakwa 14 lesen lulus sebelum 2019, namun kini ada ke 15/2020.
Malah dakwa PTG Pahang daripada 14 kawasan perlombongan ini, hanya dua perlombongan yang masih beroperasi. Namun lesen itu dijadualkan akan tamat pada bulan ini dan satu lagi akan pada hujung tahun juga meragukan.
Ini kerana pada 'sigboard' tersebut tertera tarikh habis tempoh pada 16 September 2025. Tarikh pendaftaran lesen ini pula pada 17 September 2020.
Jika dilihat kepada peta lokasi yang di paparkan jelas sekali kedudukan kawasan yang dinyatakan itu berdekatan dengan Tasik Chini. Mungkin juga termasuk dalam kawasan yang diwartakan Hutan Simpan (2019) dan Taman Negeri (2020).
Jika benar dakwaan ini, jelas sekali ia bercanggah dengan kenyataan awal bahawa kawasan yang diberikan lesen diluar kawasan yang diwartakan sebelum ini
Justeru saya menggesa supaya PTG Pahang menunjukkan bukti dokumen dan pamerkan 14 lesen pajakan melombong yang diberikan agar rakyat yakin dengan kenyataan yang dibuat.
Jika tidak, rakyat akan mengesyaki PTG Pahang sudah buat kenyataan mengelirukan rakyat marhaen. Kebenaran bila disembunyikan akhirnya pasti akan terdedah jua.
Saya mempunyai ramai rakan di sana yang terdiri daripada orang asli dan peneroka Felda Chini yang akan salurkan maklumat terkini. Justeru jangan dinafikan suara rakyat marhaen.
Pendedahan terbaharu ini cukup mengejutkan, sebab itu saya pelik kenapa kenyataan PTG Pahang tidak dibuat oleh Pengarahnya? Hanya dilaporkan 'kenyataan PTG Pahang' tanpa ada pegawai yang bertanggungjawab.
Malah saya percaya semua ini pasti dilakukan atas arahan pihak tertentu yang lebih berkuasa. Ini bukan tuduhan tapi satu persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat marhaen. Jangan pulak nanti 'signboard' tersebut tercabut sudahlah.
Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memerintahkan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Baginda juga menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini serta kawasan persekitarannya.
Moga dengan keprihatinan Pemangku Raja Pahang ini, kerajaan akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan. Tiba masanya rakyat menjadi "mata dan kepala" kerajaan bagi melaporkan segala kepincangan dan kebobrokan yang berlaku selama ini.
Ingatlah, Allah melihat segala apa yang kita kerjakan di atas muka bumi. Jangan, depan rakyat cakap lain tapi dibelakang rakyat lain pula jadinya. Berpijaklah di bumi yang nyata. Sayangilah alam sekitar Tasik Chini.
Apa pun terjadi saya tetap berpendapat Kerajaan Negeri Pahang gagal menangani isu alam sekitar dan pencemaran Tasik Chini, biar pun kenyataan telah dibuat oleh jabatan berkaitan.
Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan terbabit iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Pejabat Pengarah Tamah Dan Galian (PTG) Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Pusat Penyelidika Tasik Chini (PPTC) dilihat lebih menjurus kepada pemulihan Tasik Chini selepas ia diwartakan sebagai Hutan Simpan pada 2019 dan Taman Negeri pada 2020.
Saya setuju dengan langkah pemulihan yang dijalankan, namun saya tetap tidak bersetuju apabila mereka yang membiarkan Tasik Chini hancur musnah sebelum tahun 2019 seolah-olah lepas tangan dan tidak diambil tindakan termasuk membayar pampasan akibat kerosakan alam sekitar Tasik Chini.
Bukankah pada 2009, Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesungguhnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora fauna.
Maka sepatutnya bermula pada tahun tersebut, Kerajaan Negeri Pahang sudag mengawal pencemaran Tasik Chini. Namun sejak 2009, persekitaran kawasan itu semakin terjejas akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di sekelilingnya.
Kawal dan melindungi Tasik Chini daripada aktiviti guna tanah yang boleh merosakkan alam sekitar seperti pembalakan dan juga perlombongan. Namun kerajaan jelas gagal melaksanakan tugas tersebut.
Ketika PRK DUN Chini Julai tahun lalu, Saya juga kerap turun ke Tasik Chini untuk melihat kehancuran dan kemusnahan alam yang berlaku kerana misi saya bertanding ketika itu ialah" Selamatkan Tasik Chini".
Saya melihat kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, yang mendakwa air Tasik Chini dikategorikan sebagai bersih agak mengelirukan. Ini kerana terdapat banyak aduan daripada orang asli Tasik Chini tentang kemusnahan tasik dari segi lumpur dan tasik cetek, ikan mati, pokok teratai pupus, ikan pupus dan air mandian yang gatal-gatal pada kulit.
JAS hanya bicara soal air bersih, sedangkan isu yang dipertikaikan ialah kerosakan alam sekitar itu sendiri dari segi hutan yang ditebang, bukit yang ditarah dan tanah yang digondolkan. Ia jelas sekali tidak relevan dengan pencemaran alam sekitar secara keseluruhannya.
Pejabat Pengarah Tamah Dan Galian (PTG) Pahang semalam mendakwa sebanyak 14 kawasan lombong telah diluluskan sebelum pewartaan dibuat tahun 2019, bagaimanapun selepas pewartaan, tiada lesen baharu dikeluarkan.
PTG Pahang juga menyatakan daripada 14 kawasan perlombongan ini, hanya dua perlombongan yang masih beroperasi. Namun lesen itu dijadualkan akan tamat pada bulan ini dan satu lagi akan pada hujung tahun.
Maka timbul persoalan, jawapan dari PTG itu mengesahkan adanya aktiviti perlombongan yang diluluskan sebelum 2019. Maknanya antara 2009 hingga 2019 ada 14 lesen diluluskan diketika Tasik Chini sudah diisytiharkan sebagai Rizab Biosfera UNESCO. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang dilihat gagal memainkan peranan untuk menjaga, mengawal dan melindungi alam sekitar tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu.
Bayangkan jika satu lesen melombong luasnya antara 500 hingga 1,000 ekar. Bukankah begitu luas kawasan yang digondolkan, ditarah hingga mencemar serta merosakkan flora dan fauna Tasik Chini sebenarnya.
Malah, daripada video dan gambar yang disebarkan jelas sekali aktiviti perlombongan dijalankan hingga ke tepi tasik itu sendiri. Biar pun ia belum diwarta sebagai Hutan Simpan dan Taman Negeri, maka apakah kerajaan negeri yang sama tidak langsung rasa bersalah?.
Kamu sudah benarkan hasil mahsul diangkut, bukit bukau digondolkan dan tasik tercemar tiba-tiba kamu dakwa lesen diluluskan di luar kawasan hutan simpan kerana ia berlaku sebelum tahun 2019.
Saya rasa beberapa orang exco kerajaan negeri yang ada sekarang sudah berada berkhidmat sejak kerajaan negeri yang terdahulu yang dipimpin oleh Datuk Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga merupakan exco dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) ketika itu. Apakah anda semua yang ada dalam mesyuarat hanya bersetuju dan benarkan begitu banyak lesen melombong diluluskan. Sedangkan anda tahu bermula pada 2009, sepatutnya Tasik Chini dipelihara kerana menjadi Rizab Biosfera UNESCO.
Saya juga tertaruk dengan Kenyataan dibuat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), yang mendakwa jabatan terbabit lebih fokuskan kepada pemulihan hutam.
JPNP akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini, Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Turut dinyatakan peruntukan dianggarkan berjumlah RM10 juta akan digunakan untuk memulihkan kawasan seluas kira-kira 202.34 hektar di hutan tersebut.
Bagi saya sepatutnya peindungan hutan telah dibuat sejak 2009. JPNP wajar guna kuasa yang ada untuk memastikan tiada pencerobohan hutan dan tiada penebangan hutan dikawasan Tasik Chini sebelum 2019 lagi. Kini selepas segalanya hancur, pokok pokok balak dicuri, ditebang barulah mahu dibuat pemulihan secara sistematik.
Kenapa sekarang, kenapa tidak sebelum 2019? Hasil mahsul sudah dibawa keluar, masing-masing sudah kaut untung kemudian JPNP pulihkan dengan tanam semula. Berapa tahun agaknya pokok balak akan membesar seperti sediakala?.
Akhir sekali saya turut ingin mengulas kenyatan Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini agak lewat sebenarnya.
Baru sekarang nak pulihara dan pelihara dengan konssisten? Jika konsisten sepatutnya ia telah dilaksanakan sebelum 2019, sejak Tasik Chini diikhtiraf Rizab Biosfera UNESCO. Kamu luluskan lesen melombong hingga hancur alam sekitar kemudian kamu dakwa konsisten?. Mudah benar kenyataan yang dikeluarkan, namun ia tidak berpijak dibumi yang nyata.
Pada Februari 2019 pernah didedahkan Sekurang-kurangnya dua lombong haram dikesan berhampiran Tasik Chini, yang beroperasi tidak mengikut spesifikasi sehingga menjejaskan alam sekitar di situ. Dua kawasan berkenaan terletak di tapak pembinaan sebuah projek pembinaan dan ditepi tasik berhadapan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) sendiri.
Saya melihat, kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh jabatan yang berkenaan tidak lebih hanya untuk meredakan situasi ini semata-mata. Ia sekadar diatas kertas, sedangkan hakikat yang berlaku di lokasi tidak seperti yang digambarkan. Tambahan pula apabila isu ini sudah reda kelak.
Berbagai cara dan kaedah sudah dibuat oleh rakyat marhaen selama ini. Namun, apa yang berlaku? Tasik Chini terus tercemar, musnah dan hancur dibuat dek tangan-tangan manusia. Biar pun orang asli yang mendiami Tasik Chini merintih mengharapkan simpati agar ia tidak dihancur dan dirosakkan, namun siapalah yang mahu mendengarnya.
Saya difahamkan pada satu memorandum pernah dihantar kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 10 April 2012. Ketika itu Nakib ialah Perdana Menteri Malaysia. Memorandum untuk memulihkan kemerosotan Tasik Chini itu sepatutnya berjaya menyelamatkan alam sekitar tasik terbabit. Namun apa yang berlaku? Ada kerajaan mendengar rintihan rakyat marhaen?.
Jika kerajaan serius untuk menjaga kelestarian alam sekitar Tasik Chini, sejak dulu lagi sudah ambil tindakan. Bukan selepas hasil mahsul seperti kayu balak dan bijih besi sudah dikeluarkan seperti sekarang. Selepas dikorek, ditarah dan digondolkan baru mahu bercerita bab pemulihan dan pemeliharaan. Walhal pihak yang luluskan lesen adalah kerajaan yang sama, bukan berbeza. Rakyat melihat ini adalah satu kegagalan bukan kejayaan sebenarnya.
Justeru saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Usahlah menganggap dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan maka ia dilihat kejayaan.
Mungkin dengan kerajaan baharu dibawah pimpinan Menteri Besar yang baharu, hasrat untuk melihat Tasik Chini pulih semula dapat tercapai. Namun jika sebaliknya, biarlah rakyat menilai janji yang dilafazkan kerana suara rakyat suara keramat.
Malah, melihat komen netizen terhadap kenyataan yang dimuatnaik oleh jabatan terbabit laman facebook, membuktikan rakyat tidak boleh terima semua ini. Banyak kecaman dan hantaran berbaur sinis dilontarkan oleh para netizen, termasuk warga Felda gugusan Chini sendiri. Selamatkan Tasik Chini.
Kenyataan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bahawa tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4,600 hektar di Tasik Chini, Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 bukan bermakna pencemaran alam sekitar tidak berlaku di tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia.
Bagi saya kenyataan PTG Pahang itu hanya di atas kertas, tapi di atas padang situasinya berbeza sama sekali.
Malah kenyataan PTG Pahang itu dilihat boleh menjera Kerajaan Negeri Pahang dalam kemelut isu ini sebenarnya.
Menurut kenyataan PTG Pahang hari ini, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.
Satu lesen akan tamat pada hujung bulan ini manakala lesen satu lagi pemegang pajakan atau operator berakhir pada hujung tahun ini.
Pihak berkuasa negeri (PBN) di dakwa komited memastikan tiada lesen baru akan dikeluarkan di kawasan Tasik Chini selain tidak akan berkrompromi atas kegagalan pematuhan syarat oleh pemegang pajakan atau operator.
Pada 17 Jun 2020, PBN telah mengeluarkan arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan.
Bagi saya Kerajaan Negeri Pahang jelas sekali telah bertindak salah dalam hal ini. Kenyataan PTG dilihat untuk menyelamatkan pentadbiran Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebenarnya.
Saya ingin bertanya, bagaimana Kerajaan Negeri Pahang boleh luluskan 14 lesen melombong di sekitar kawasan Tasik Chini?. Bukankah Tasik Chini telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai rizab biosfera pada Mei 2009.
Maknanya selepas dapat pengikhtirafan boleh pula Kerajaan Negeri Pahang luluskan lesen di kawasan terbabit.
Benar, selepas 2019 ia dihentikan. Namun antara 2009 hingga 2019 ada tempoh 10 tahun mereka merosak dan memusnahkan alam sekitar di kawasan Tasik Chini.
Mudah benar alasan lesen diluluskan bukan dalam hutan simpan, sebab kawasan ini diwartakan sebagai hutan simpan pda 2019.
Maknanya selepas mereka korek, gondol dan tarah hutan hingga ke tepi tasik kini mereka nafikan secara "teknikal" sebab dulu kawasan itu bukan hutan simpan.
Tapi sedarkan mereka biar pun bukan hutan simpan, Tasik Chini ialah rizab biosfera sejak 2009? Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengawal aktiviti perlombongan dan pembalakan ketika itu.
Saya rasa, ketika itu Menteri Besar Pahang dan beberapa orang barisan exconya sudah berada dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob.
Jika selepas 2019, PTG selamatkan Wan Rosdy maka kenapa ketika bergelar exco kerajaan negeri pada pentadbiran terdahulu beliau tidak menghalang kelulusan lesen melombing di kawasna Tasik Chini?
Bukti jelas berlaku aktiviti melombong di sekitar tasik. Inilah yang menjadi isu yang dipersoalkan oleh rakyat marhaen. Bukan dengan jawapan tiada kelulusan lesen melombong dalam hutan simpan sebelum 2019. Bukankah ketika itu ia belum diwartakan sebagai hutan simpan.
Malah, saya juga ingin menegaskan bahawa arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini pada 17 Jun 2020 bukanlah kerana kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan seperti yang dinyatakan oleh PTG Pahang.
Arahan itu dikeluarkan kerana ketika itu Pilihan Raya Kecil DUN Chini diadakan dan saya adalah calon bebas yang memainkan isu perlombongan yang mencemarkan Tasik Chini sebenarnya.
Saya masih ingat, arahan itu dikeluarkan bagi menghalang lori-lori yang menjalankan kerja lombong keluar masuk ketika PRK DUN Chini sedang berlangsung. Jika tidak ia boleh menjadi isu.
Susulan kenyataan PTG Pahang ini juga, saya ingin bertanya memang benar lesen melombong tidak diluluskan selepas 2019, tali sedarkah PTG terdapat lombong haram yang beroperasi tanpa lesen ketika itu.
Mereka inilah yang tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Adalah PTG sedar semua ini?. Jangan hanya nak menyelamatkan satu pihak, PTG lupa tugas hakiki mereka untuk mengawal pencemaran alam sekitar di Tasil Chini, akibat lombong-lombong haram di lokasi terbabit.
Malah, dilaporkan pada 2019 ada dua lombong haram berjaya dikesan oleh orang awam di Tasik Chini. Peliknya PTG gagal mengesan lombong terbabit. Lombong terbabit terletak di sebuah kawasan projek pembinaan dan ditepi tasik berhadapan dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC).
Menurut laporan eksklusf akhbar arus perdana Berita Harian bertarikh 23 Februari 2019, pemeriksaan mendapati dua kawasan itu tidak mempunyai permit melombong bijih besi dan pelombong menjalankan kegiatan dengan beraelindung disebalik kawasan yang ada permit.
Melihat kepada komen daripada para netizen, jelas sekali kenyataan PTG ini menimbulkan kekeliruan. Antara kenyataan panas yang dibuat ialah daripada Netizen Joye Isma;
Beliau turut melampirkan pelan berkenaan.
Justeru saya menggesa jika benar kenyataam yang dibuat oleh PTG Pahang itu, sila lampir dan sertakan dengan bukti dokumen seperti yang berkenaan.
Rakyat mahu lihat sendiri apakah benar kawasan lombong berada di luar kawasan atau pun dalam kawasan seperti yang dilaporkan.
Justeru saya tidak merasakan kenyataan yang dibuat oleh PTG Pahang ini boleh menghalang perjuangan selamatkam TSik Chini. Malah kreadibiliti PTG Pahang itu sendiri juga boleh dipertikaikan dalam banyak hal terutamanya berkaitan isu tanah dalam negeri ini sendiri sebenarnya.
Bukan isu dua tahun atau 10 tahun. Apa yang sy nak tau BOSSKU tak sedar atau tak tau ker Tasik Chini dah hancur? Bossku kata sejak 2 tahun lepas dah ada pemulihan. Bukan sejak dua tahun lepas, tapi sejak 10 tahun lepas tau. Masalahnya pencemaran alam sekitar Tasik Chini terus berlaku dengan rakus. Ada pihak yang ada lesen dan ada yang secara haram.
Takkanlah bossku tak tau langsung selama ini Tasik Chini hancur lebur jadi debu? Masa PRK Chini baru ni bossku ada melawat dan berjanji nak pulihkan juga. Saya calon bebas PRK DUN Chini, sebab tu saya tahu. Saya tak salahkan bossku, tapi kena bersuara. Bossku dah lama jadi Ahli Parlimen Pekan, takkan benda macam ni pun bossku tak perasan. Bukankan Chini tu dalam Parlimen Pekan. Bossku tak risik2 ker, ada pemimpin setempat yang ada lombong di sekitar Tasik Chini, guna nama proksi, kroni?
Chini terkenal dgn "Lagenda Naga", Langkawi pula terkenal dengan "Lagenda Mahsuri". Tapi lihat alam sekitar di Langkawi macam mana?. Pulau Langkawi jadi popular dan terkenal dek kerana usaha Atokku sbgai Perdana Menteri. Kenapa selama bossku jadi Perdana Menteri, bossku sedikit pun tidak terdetik hati untuk mempopularkan Lagenda Naga Tasik Chini agar ia menjadi tarikan prlancong dari dalam dan luar negara. Apa beza Bossku, Atokku? Bukankah kedua2 pernah jadi nombor satu?
Bukan soal gambar lama atau baru Bossku, soalnya apakah langkah drastik yang dibuat untuk mengatasi masalah. Saya tiada kuasa, saya kalah bertanding PRK DUN Chini sebab saya bawa isu "Selamatkan Tasik Chini". Tapi kenapa pihak yang menang tidak lakukan yg terbaik untuk pemulihan tasik Chini ini?.
Gambar lama atau baru, apa yang penting rakyat dah tahu memang alam sekitar Tasik Chini sudah musnah. Usaha pemulihan hanya "indah khabar dari rupa". Pulih diluar di dalam sudah lompong, balak tumbang, hutan gondol dan bukit bukau hancur ditarah. Cakap mahu pulihkan memang mudahz hakikatnya apakah Bossku sedar Tasik Chini makin hari semakin hancur dibuat dek tangan2 manusia yang nak keuntungan semata-mata, hingga sanggup merosakkan alam sekitar isu sendiri.
Apa saja jawapan Bossku sudah tidak berguna lagi sebab Bossku bukan lagi Perdana Menteri. Kalau saya Perdana Menteri, awal-awal lagi saya sudah tubuhkan Task Force di peringkat kementerian untuk membangunkan Tasik Chini bukannya membiarkan ia terus hancur lebur.
Sebelum Bossku, Ahli Parlimen Pekan ialah Allahyarham Tun Razak. Bukankah ayahanda Bossku sendiri. Pada zaman Allahyarham, isu Tasik Chini tidak seteruk begini. Namun hari ini hancur dan musnah. Malu saya kat dunia luar. Ketika Bossku ada kuasa, Bossku gagal untuk selamatkan Tasik Chini. Kini, Bossku sudah tiada kuasa, agak-agak Bossku boleh berjaya?
Justeru, Bossku ke merayu kepada Kerajaan Negeri Pahang agar serius selamatkan Tasik Chini. Bukankah 2019 dah diwartakan Hutan Simpan Kekal dan 2020 diwartakan sebagai Taman Negeri. Namun, di dalam kawasan ada lagi aktiviti penyalahgunaan tanah berlaku dengan sewenang-wenangnya. Bossku kena sedar, zaman ini maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bosskukan bijak main media sosial.
Jika dua tahun lepas belum jadi Ahli Parlimen Pekan mungkin rakyat boleh terima itu gambar lama 2019 bukan 2021. Namun Bossku dah berapa penggal jadi Ahli Parlimen Pekan? Sy kena bersuara sbb tak nak selamanya rakyat dipermainkan oleh mereka2 yang berkuasa. Setiap kali pilihanraya Bossku berjanji untuk memulihkan Tasik Chini. Namun, setiap kali juga rakyat terus berharap dengan janji-janjim Tapi, apa yang berlaku? Setiap tahun itu juga Tasik Chini terus hancur dan dimusnahkan pihak-pihak yang berkenaan. Mungkin Bossku kenal nama-nama pemimpin di Chini yg kaya raya dengan aktiviti perlombongan ini. Adakah Bossku menegur mereka? Atau Bossku kena diamkan sebab sokongan mereka selamatkan politik Bossku di Parlimen Pekan agaknya?.
Maka tiba masanya rakyat marhaen bangkit bersuara. Zaman cover line dan tutup mulut sudah berlalu. Benda yang berlaku di Tasik Chini sudah tersebar ke seluruh dunia. Saya bukan nak menderhaka kepada Bossku sbb Bossku bukan raja. Tapi Bossku kena Cakna dan jangan selamanya membiarkan mereka yang berkenaan merosakkan alam sekitar di Tasik Chini. Bangunkanlah Tasik Chini sbgai destinasi pelancongan popular. Jika Atokku Tun Mahathir boleh majukan Langkawi mcm sekarang hanya kerana Lagenda Mahsuri jer. Takkanlah Bossku tak boleh majukan Tasik Chini dengan Lagenda Naga. Usahakanlah.
Bossku sudah jadi Ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976 kan. Lama tu Bossku, jika dahulu Bossku ku kata tak tau dan gambar lama OK. Tapi setakat gambar lama 2019 ketika Bossku masih lagi wakil rakyat Pekan, apa masalah? Jangan cari alasan untuk menafikan suara ralyat yang mahukan kebenaran. Cubalah Bossku siasat lombong-lombing halal dan haram di sekitar Tasik Chini ada kaitan dgn siapa? Cuba Bossku selidiik, adalah pemimpin politik atau proksi mereka di Chini juga ada kepentingan dengan mana-mana lombong terbabit. Bossku boleh tanya orang Asli di sekitar Tasik Chini sebab mereka lebih tahu.
Masa Bossku jadi Ahli Parlimen Pekan saya baru berusia 5 tahun pada 1976. Jika waktu itu Bossku ambil berat dan cakna alam sekitar Tasik Chini, saya rasa alam sekitar di tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu tidak seteruk ini. Sekarang baru bossku terkejut dan nak bercakap soal gambar dua tahun lepas. Rakyat yang boleh dicucuk hidup dengan dedak dan gula-gula setiap kali pilihanraya bolehlah Bossku bersuara. Tapi bagi rakyat yang bijak dan berfikiran ke hadapan tetap akan anggap lebih baik Bossku berdiam diri daripada cuba bersuara yang akhitnya akan nampak terus kelemahan Bossku sendiri sebenarnya.
Justeru saya harap Bossku dapat maklum kepada kerajaan negeri, sudah-sudahlah dengan janji untuk pulihkan Tasik Chini jika gagal hapuskan aktiviti tanah sedia ada di kawasan itu sekarang. Manusia pentingkan duit semata-mata di akhir zaman ini Bossku. Mereka tidak nampak kelestarian alam sekitar itu perlu dijaga untuk warisan generasi akan datang. Ampun maaf atas teguran ikhlas ini.