Biar pun mereka tak bersetuju dengan tindakan kerajaan bawa masuk kilang Lynas ke Pahang, namun mereka bebas memberikan pandangan terhadap isu tersebut. Malahan mereka bebas berhimpun, menyatakan bantahan termasuklah menghantar memorandum kepada kerajaan.
Ada mereka disaman juta-juta seperti hari ini?. Bukankah mereka juga berbeza pandangan bab sisa radioatif nadir bumi yang dihasilkan kilang tersebut yang kerajaan negeri turut menafikan!.
Saya juga terlibat dengan himpunan bantahan tersebut sejak dari awal lagi sebenarnya.Aneh saya tidak pernah dengan mana-mana aktivis pejuang anti Lynas kena saman atas dakwaan menfitnah dan menghasut rakyat supaya jadi benci kepada kerajaan. Walhal isu Lynas lebih besar impak dalam menjatuhkan imej kerajaan negeri di mata dunia sebenarnya. Aneh bukan?
Bukankah ketika itu Menteri Besar Pahang dan barisan exco yang ada sekarang, juga berada di dalam kepimpinan terdahulu? Kenapa kerajaan tak saman pejuang anti Lynas, jika benar dakwa menjatuh, mencemar reputasi kerajaan negeri?.
Tiba-tiba pula hari ini 'melenting' bagai 'cacing kepanasan' dalam isu banjir lumpur di Bentong.
Walhal kami para aktivis yang bersuara hanya menyatakan pandangan berbeza dalam isu ini.
Kerajaan nafi ada kaitan 'pembalakan', namun kami pula tetap nyatakan mungkin pembalakan antara punca terjadinya banjir lumpur tersebut.
Hujjah kami diperkuatkan lagi dengan adanya kayu balak bergergaji yang dipotong-potong di lokasi kejadian selepas banjir lumpur itu surut.
Kami persoalkan, mungkin ada pembalakan di atas bukit. Sisa kayu balak hanyut akibat hujan lebat dan arus deras yang melanda. Jika tiada kaitan, kayu balak bergergaji itu datangnya dari mana?. Mana mungkin 'puing kepala air' boleh potong pokok balak dengan cantik? Siasatlah dengan telus dan profesional. Kami menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Bebas agar keputusan siasatan itu lebih adil dan menyakinkan rakyat.
Banjir lumpur ini melibatkan kematian, enam mangsa di Jambatan Sungai Telemong dan tiga lagi di Janda Baik. Kami hanya tak yakin dengan kenyataan penafian sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi berkaitan. Andai lansung tiada kaitan, bagaimana begitu banyak balak bergelimpangan di sebelah Stesen JPJ Karak, Sungai Kerau dan Kampung Baru Sg Perdak?.
Jika tiada kelulusan kawasan balak, mungkin ada pembalakan haram yang telah dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak penceroboh tanpa pengetahuan kerajaan. Isu ceroboh dan pembalakan haram ini memang sering terjadi di seluruh negeri sejak sekian lama. Salahkah kami berbeza pendapat serta persoal isu ini?
Kenapa perlu disaman jutaan ringgit terhadap rakyat marhaen yang mahu selamatkan hutan dan menjaga kelestarian alam sekitar? Kami bukannya nak memberontak. Tiada ada pun sebarang perhimpunan bantahan di Pejabat Menteri Besar Pahang. Tiada pun sebarang memorandum yang kami hantar. Kami hanya bersuara kerana cakna dengan alam sekitar!.
Besar sangatah dosa kami kerana perbezaan pendapat dengan kerajaan? Kami hanya mahu keadilan serta pembelaan terhadap sembilan mangsa yang terkorban di dalam kejadian ini.
Kenapa perlu kamu menyaman kami? Apakah kamu terlalu 'yakin' sepenuhnya tindakan itu betul? Jika menang mungkin ia tidak jadi apa-apa masalah, namun bayangkan jika tiba-tiba kamu pula kalah? Bukankan reputasi kerajaan itu sendiri akan jatuh. Malahan seluruh dunia kini menyaksikan dan mentertawakan tindakan kamu. Apakah kamu sudah bersedia dengan segala kemungkinan ini? Kerajaan Pahang dulu pernahkalah dalam isu kawasan balak di Peka yang difailkan oleh Syarikat Seruan Gemilang. Puluhan juta terpaksa dibayar selepas kes di bicarakan hingga ke Mahkamah Persekutuan.
Soal kamu bayar ganti rugi atau buat rundingan dengan syarikat terbabit, itu hak kamu. Namun isunya tindakan kerajaan tak semestinya betul.
Inilah dia hakikat yang telah terjadi sebenarnya.
Maka itu, kami tetap bersedia untuk berlawan berbekalkan dengan sokongan majoriti rakyat.
Moga kebenaran itu dapatlah ditegakkan demi sebuah keadilan dan pembelaan terhadap roh semua mangsa terkorban di dalam tragedi ini.
Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah kian hampir. Isu kegagalan menguruskan pembangunan di kawasan tanah tinggi Bentong hingga terjadi 'Banjir Balak' pastinya akan dibawa oleh parti pembangkang. Lantaran itu, hanya mahkamah sahaja yang boleh menghalang isu ini dibicara secara terbuka, terutamanya oleh para aktivis.
Langkah terbaik kenakan tindakan saman agar arahan mahkamah dikeluarkan, kerana ia akan dituduh menghina mahkamah kelak. Makanya tidak pelik mereka gunakan tindakan undang2 agar isu ini tidak jadi 'millage' kepada pihak yg berlawan dengan parti kerajaan sebenarnya.
Mereka ada bukti, kita pun ada bukti. Malahan bukti sudah tersebar di mana-mana sejak dari awal hari kejadian. Bukan sahaja media sosial ia juga dipapar media arus perdana itu sendiri.
Kegagalan urus pembangunan ditanah tinggi menjadi punca termasuklah isu2 pembalakan, perumahan dan pertanian yang diluluskan oleh pihak mereka. Pengondolan hutan tanpa ada kawalan, memberi impak besar apabila pasak bumi tak mampu lagi menahan aliran air hujan yang deras dari atas kawasan tanah tinggi itu.
Ini adalah fakta bukan auta. Mereka hanya ke lokasi 'sebelah sana' untuk meninjau dengan menaiki dua buah helikopter. Tapi sedarkah, mereka tidak meninjau lokasi di 'sebelah sini' iaitu di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan juga Sungai Perdak. Lokasi yang kritikal dan banyaknya sisa kayu termasuklah juga balak yang bergelimpangan akibat dihanyutkan dari atas sana. Ingat, ada enam mangsa terkorban dan keluarga mereka juga perlukan pembelaan.
Sebenarnya, kami juga tak cuba nafikan ada kawasan yang dilanda 'debris flow' dan 'puing kepala air' seperti didakwa oleh pakar-pakar alam sekitar yang berkenaan. Tetapi, kenapa tidak disiasat juga senario lokasi 'sebelah sini', iaitu sekitar kawasan Karak. Kami akan lawan dengan bukti bagi menguatkan lagi kenyataan.
Menang atau kalah hanya takdir menentukan. Berlawan dengan kerajaan, memang amatlah sukar sebenarnya. Namun, harus diingat dulu, Kerajaan itu sendiri pernah tewas dalam satu kes di mahkamah dan diarahkan membayar gantirugi puluhan juta ringgit kepada syarikat balak berkenaan. Inlah sejarah yang berlaku.
Kini sekali lagi mereka menyaman rakyat yang bersuara untuk selamatkan kehancuran alam sekitar. Apakah mereka fikir rakyat marhaen tidak boleh bersuara dan hanya perlu dengar kenyataan sebelah pihak semata-mata? Kita berada dalam sebuah negara demokrasi dan kebebasan bersuara telah termaktub di dalam perlembagaan. Apakah bila terjadinya berbeza pandangan, maka itu kita dituduh menfitnah?
Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat dalam isu ini. Biarlah kalah bermaruah daripada menang tapi dengan penuh kehinaan. Perjuangan rakyat akan tetap diteruskan jua !!
Puak-puak mereka berkokok "padan muka kena saman. Lain kali jangan buat fitnah lg, kan dah kena saman". Saya tersenyum membaca serta menyaksikan gelagat mereka. Apa mereka fikir kena saman makna mereka betul dan benar ??
Mereka nafi ada pembalakan, kami dakwa ada jumpa kayu balak bergelimpangan di lokasi yg berkenaan. Satu dunia saksikan adengan ini, tp mereka tetap nafikan. Mereka anggap rakyat ni hidup pada zaman TV hitam putih gamaknya?
Pasti kami akan lawan. Biar kalah bermaruah asal jangan menang tapi dalam kehinaan. Satu lagi persoalan, adakah saman ini benar dripda kerajaan atau individu yang sengaja nak tunjuk hebat dengan menggunakan nama kerajaan.
Apakah tindakan diperkenankan tuanku Sultan Pemangku Raja? Ini negara demokrasi dan hak untuk bersuara termaktub dlam perlembagaan. Takkanlah kalah berhujjah, sikit2 nak saman ??
Nampak sangat kelemahannya di mata dunia. Jangan biarkan mereka mentertawakan kita !!
SERUAN TUANKU AGAR ANAK MUDA SAMA TERLIBAT BANTU PULIHKAN ALAM SEKITAR DAN MENJAGA KELESTARIAN ALAM, TETAPI
====================================
[Aktivis Alam Sekitar Di Saman Dek Kerajaan]
------------------------------------------
Sebagai rakyat Pahang, saya terharu dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru lebih ramai anak muda menggalas tanggungjawab dalam aktiviti pemulihan alam sekitar demi kelestarian alam.
Titah tuanku ini sebenarnya selaras dengan apa yang kami perjuangkan selama ini. Rasa bangga kerana pihak istana menyokong apa yang para aktivis alam sekitar suarakan.
SERUAN AGAR ANAK MUDA SAMA-SAMA BANTU PULIHKAN ALAM SEKITAR SERTA MENJAGA KELESTARIAN ALAM INI AMAT BAIK DAN TEPAT PADA MASANYA. NAMUN HAKIKAT YANG BERLAKU, PEJUANG2 YG NAK SELAMATKAN ALAM SEKITAR PULA YANG DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN DEK KERAJAAN NEGERI PAHANG ITU SENDIRI.
Namun, apa yang berlaku pada hakikatnya agak menghairankan. Belum pernah dalam sejarah, Kerajaan Negeri Pahang bertindak menyaman para aktivis alam sekitar yang mendedahkan kemusnahan alam negeri ini.
Terkini, dua orang aktivis alam sekitar iaitu Puan Sri Shariffa Sabrine Syed Akil, bekas Presiden PEKA dan Saudara Khaidir Ahmad bekas Ketua Pengarang Berita TV3 dikenakan tindakan saman oleh Kerajaan Negeri Pahang.
APA YANG BERLAKU JELAS SEKALI SUARA ISTANA TAK SELARAS DENGAN TINDAKAN OLEH PEGUASA. MEREKA YG LULUSKAN KAWASAN PEMBALAKAN DI KAWASAN2 HUTAN SIMPAN YANG MENJADI TADAHAN HUJAN, PUSAT REKREASI DAN SEBAGAINYA. SEMUA KERANA WANG ATAU DUIT UNTUK SURVIVAL POLITIK MASING2 SEBENARNYA.
Aktivis hanya perjuangkan isu alam sekitar selepas mendapat aduan daripada rakyat marhaen. Kita dedah, bongkar dan angkat isu2 yang berkaitan kemusnahan alam ini, namun berbaloikah apabila kita pula mahu disaman oleh mereka? Belum pernah ada Menteri Besar Pahang yang membenarkan tindakan ini sebenarnya. Bukankah pelik??
BAGAIMANA ANAK MUDA NAK BERSAMA, JIKA NAK BERSUARA DAN MENYATAKAN PANDANGAN YANG BERBEZA KAMI PULA YANG DITUDUH PENGKHIANAT DAN NAK DIPERANGI DENGAN BERBAGAI TINDAKAN UNDANG2. AKHRNYA RAKYAT JADI BISU !! TIADA SIAPA LAGI MAMPU BERSUARA BG MENYELAMATKAN ALAM INI. FIKIRKANLAH.
Maka, saya merayu kepada Tuanku Pemangku Raja untuk masuk campur dan mengarahkan Kerajaan Negeri Pahang menarik balik saman terhadap aktivis alam sekitar. Ia lebih mulia, ditambah lagi ketika bulan Ramadan ini dan dikala umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri 2022 tidak lama lagi.
SEPATUTNYA KERAJAAN ITU PERLU HATI2 DALAM MELULUSKAN KAWASAN HUTAN UNTUK PEMBALAKAN ATAS NAMA LADANG HUTAN. PEMBESAR DAN TOKEY2 TERLIBAT BERAK, TAPI RAKYAT YANG TERPAKSA CUCI.
MAKA ITU, ISTANA PERLU ARAH KERAJAAN BATALKAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP PARA AKTIVIS YANG BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN, MENJAGA KELESTARIAN ALAM INI. ITULAH TINDAKAN TEGAS AGAR ANAK2 MUDA TIDAK TAKUT UNTUK BUAT 'CHECK N BALANCE' DALAM ISU SEPERTI INI.
Semoga Tuanku mendengar suara rakyat marhaen. Jika mahulan lebih ramai anak muda terlibat sama menjaga kelestarian alam ini, maka usahlah kerajaan takut-takutkan rakyat dengan tindakan saman. Sepatutnya kerajaan berterima kasih kerana ada rakyat marhaen yang masih lagi cakna serta prihatin dalam mendedah, membongkar dan menyelamatkan alam sekitar di bumi Pahang yang tercinta ini.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
People's Activist N Freedom Journalist
Blogger Cucumatkilau @ CMK
https://cucumatkilau.blogspot.com
Saya sempat bersama Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil. Kami dibawa melawat Tanah Aina Farrah Sodata di Raub untuk melihat sendiri situasi dikatakan pencerobohan seperti yang didakwa oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau yang didakwa di Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
Saya tengok alam sekitar terjaga di Tanah Aina, malah tiada pokok ditebang dan hutan yang digondolkan. Kenapakah beliau perlu didakwa?
Adakah kerana undang-undang, atau hanya kerana dendam gara-gara beliau banyak dedah isu berkaitan pencemaran alam sekitar dan kemusnahan flora dan fauna akibat aktiviti guna tanah tak terkawal di Pahang selama ini.
Malah beliau juga disaman kerana dakwaan isu pembalakan di Tanah Tinggi Bentong punca banjir balak yang meragut nyawa di Sungai Telemong dan Janda Baik baru-baru ini.
Untuk makluman, sudah puluhan tahun isu penceroboh tanah haram kerajaan di Pahang ini sebenarnya. Malah di Raub semua tahu pencerobohan tanah haram kerajaan ditanam dengan durian musang king.
Pernahkah kita dengan ada penceroboh itu didakwa? Sampai hari ini tiada seorang pun yang didakwa. Kenapa kerajaan tidak bertindak tegas?. Hanya 101.1 hektar pokok musang king yang diceroboh telah ditebang.
Tapi ingat, kawasan tanah kerajaan yang diceroboh secara haram ialah seluas 4,400 hektar. Kenapa baki lebih 4,298 hektar lagi hingga kini masih lagi dibiarkan?
Adakah kerana majoriti penceroboh bukan bangsa Melayu? Maka nasib mereka itu lebih istimewa daripada bangsa sendiri?
Nanti kita dedahkan kes durian Musang King.. Dakwalah mereka, kenapa masih senyap sunyi belaka. Siap boleh merayu lagi di mahkamah dan keputusan sampai hari ini tak didengari atau ditanguhkan. Penceroboh pula bebas keluar dan masuk ke ladang musang king masing-masing tanpa sekatan.
Ke mana perginya pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Jika profesional, buatlah tindakan dengan berani dan tegas. Jangan hanya pilih pihak mana nak didakwa. Pihak yang lain berpuluh tahun ceroboh tapi nasib mereka baik. Malah, langsung tidak didakwa ke mahkamah atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan seperti yang sepatutnya.
Anehnya resort Tanah Aina yang saya melihat amat baik dalam penjagaan alam sekitar pula dikenalan tindakan. Hanya kerana ada sedikit tanah-tanah yang digunakan termasuk dalam kawasan tanah kerajaan, seperti alur sungai.
Jika resort bangsa sendiri kamu saman, lepas ini kita akan banyak lagi resort di Pahang ini yang gunakan anak sungai dan tanah kerajaan untuk pembangunannya pastikah akan alami nasib yang sama?
Beranikah mereka buat tindakan menyaman pemilik yang gunakan tanah kerajaan ini?. Tindakan terhadap Tanah Aina pasti akan menakutkan pengusaha eko pelancongan kebanyakkannya terdiri daripada pengusaha tempatan dan berbangsa Melayu. Sedarkah?
Apa yang saya hairan, Tanah Aina selamatkan alam sekitar, malah pokok-pokok langsung tak diusik. Ia adalah lebih afdal daripada dibiarkan pembalakan yang rakus, merosak dan juga memusnahkan hutan-hutan itu sebenarnya.
Apa pun, kita sama-sama nantikan perbicaraan kes ini. Jika beliau bersalah dan dikenakan tindakan, maka rakyat mahu melihat tindakan sama dilakukan terhadap penceroboh tanah haram Musang King di Raub sebenarnya. Barulah nampak ada keadilan dalam isu ini.
Inilah adengan yang biasa kita lihat di Pahang sebenarnya. Semua operasi yang dibuat gagal menangkap pihak bertanggungjawab. Kilang2 haram gagal, pembalakan haram itu pun gagal.
Inilah yang menghairankan rakyat. Mustahil yg terlibat boleh buat kerja haram dan gagal untuk ditangkap jika tiada orang dalam terlibat. Pihak berkuasa hutan sepatutnya siasat dalang yang berkenaan.
Usahlah masih sajikan kegagalan demi kegagalan. Sampai bila nak berjaya, SOP mana? KPI mana? Sedaplah mereka yg terlibat.
Habis kayu balak dicuri, kerajaan tak dapat apa hasil, kemudian yang terlibat bebas pula gagal ditangkap. Persoalannya, adakah pencuri balak ini terdiri dari kalangan orang kampung biasa2 atau balaci2 tauke-tauke balak yang sudah siap urusan dari atas sampai ke bawah agar berikan laluan.
Bila sudah selesai atau tinggal sedikit2 barulah pihak berkuasa buat operasi. Kononnya oeprasi sudah dijalankan, tetapi gagal tangkap mereka yang terlibat. Sampai bilakah semua ini mahu disajikan kepada rakyat? Sudah2lah tuu !
Senario ini memang senantiasa terjadi di bumi Pahang ini. Apa yang dihighlightkan ialah kerja pemulihan dengan menanam pokok oleh pihak berkuasa. Kemudiannya adengan tebang pokok durian musang king yang ditanam pihak kedua.
Walhal, sebelum ditanam musang king, hutan kayu balak telah diceroboh terlebih dahulu dan kayu-kayu sudah dikeluarkan sejak lima tahun yang lalu. Persoalannya ialah kenapakah pihak berkuasa tidak langsung menyiasat siapakah yang telah menceroboh dan keluarkan kayu balak terseebut? Apa kerja pihak berkuasa ini?
Adakah selama operasi menceroboh, langsung tiada aduan oleh penduduk, orang awam atau pemimpin setempat? Kayu-kayu balak dibawa keluar ikut jalan darat atau udara?. Kenapakah penceroboh senantiasa terlepas di Pahang ini?
Selepas balak ditebang, barulah ditanam durian musang king. Operasi pihak berkuasa menebang ladang terbabit. Itu pun masih lagi gagal menangkap pekebun ladang yang jelas melanggar undang-undang kerana menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.
Tapi pernah atau tidak mereka di dakwa? Biasanya yang ditangkap hanyalah 'kuli-kuli' sahaja. Tauke tersenyum riang ria, lepas tu guna kuli lain untuk menceroboh hutan kawasan lain pula.
Rakyat setuju kawasan yang diceroboh dibaik pulih semula dengan menanam pokok hutan. Tapi berapa luas kawasan hutan yang telah di ceroboh di Pahang, bukan pokok hutan yang ditanam tetapi kelapa sawit dan musang king.
Sebab itu rakyat mahu melihat, tindakan lebih tegas dan penguatkuasaan bersepadu dibuat termasuk mencari siapa dalang dijabatan yang berkenaan yang membiarkan tanah dan hutan diceroboh sewenangnya.
Mana mungkin tiada siapa yang tahu sejak awal-awal pencerobohan itu lagi. Masakan semua tutup mata biarkan semua ini terjadi? Kerajaan rugi puluhan juta akibat adengan tak diingini ini. Maka ubahlah!
Selepas isu pembalakan di Maran, saya akan ulas pula isu di Sungai Lembing. Maran dengan Sungai Lembing tak jauh beza. Tahniah buat pejabat hutan kerana buat tindakan.
Tapi saya ada beberapa soalan yang perlu dibicarakan secara telus dan adil. Saya benci dengan aktiviti pencerobohan hutan dan pengondolan tanah di biarkan dulu, kemudian baru semua pihak mahu tunjuk profesional selepas segalanya musnah.
Antara persoalan dan kemusykilan saya ialah :-
1) 38.68 atau 96 ekar tanah kerajaan yang di tanam Musang King ini pd asalnya diceroboh. Soalan saya apa tindakan kepada pihak yang baham balak-balak tersebut? Biasanya yang mencuri balak mereka yang ada kabel dengan orang politik, pihak berkuasa dan tauke balak.
2) Syarikat mana yang sakau kayu-kayu balak yang diceroboh atas tanah kerajaan itu? Jika dilihat keadaan pokok Musang King, masih baru lagi tak macam di Raub yang beberapa kali sudah keluarkan hasil. Memang susah bg kerajaan nak siasat pihak mana ceroboh dan bawa kayu balak seluas 4,400 ekar sebelum di tanam durian Musang King. Tapi Sg Lembing, luas tak sampai 100 ekar dan baru beberapa tahun lalu (Raub 20-30 tahun, susah sikit).
3). Tanah milik kerajaan itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Sungai Lembing pd mesyuarat MMK ke-4 pada 26 Januari lalu. Persoalanya kenapa tanah milik kerajaan di hutan Bukit Makro, Maran yang telah dibatalkan lesen pembalakan pada 17 Januari, tidak diangkat sama untuk diwartakan? Walhal Bukit Makro adalah kawasan riadah dan sewajarnya lebih diutamakan, kerana ia juga tanah kerajaan.
4). Adakah kerana kayu balak di Sungai Lembing ini telah ditebang disakau oleh penceroboh, kemudian tamah ditanam Musanmg King baru ia mahu diwartakan? Sementara itu di Bukit Makro, ia lambat untuk diwartakan kerana kayu balak belum dikeluarkan lagi? Pembatalan lesen setakat ini tidak ada dokumen (surat rasmi), hanya sekadar kenyataan media sahaja.
5) Apalah adengan yang sama akan berlaku, seperti isu pencemaran Tasik Chini yang saya perjuangkan pada 2020 lalu. Tanah kerajaan diceroboh, balak disapu dan lombong haram tumbuh bagaikan cendawan. Selepas hasil mahsul dikeluarkan, barulah kerajaan umum kawasan itu akan dijadikan Hutan Simpan Tasik Chini. Barulah dibuat pemeliharaan dan pemuliharaan, walhal segala-galanya sudah digondolkan oleh mereka yang berkenaan.
Maka itu saya menggesa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) siasat dan dedahkan jiga pihak mana yang keluarkan kayu balak secara haram atas tanah kerajaan seluas 96 ekar itu. Malah, cekup sekali dalang 'orang dalam' yang terlibat jadi 'tali barut'. Tebang Musang King ni adengan biasa yang tidak memudara sesiapa sebenarnya. Apa yang lebih penting ialah dedahkan juga pihak terlibat, bukan sekadar taayang aktiviti penebangan.
Oleh kerana kawasan ini adalah tanah milik kerajaan, maka jabatam yang berlaitan seperti Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan juga diminta siasat dan membongkarkan aktiviti pencerobohan tanah ini. Siapa dalang dan 'orang dalam' yang terlibat?
Jika tidak rakyat akan melihat, 'wal hasil. balik asal'. Cerita yang sama, pokok ditebang, hutan digondollkan, tanam pokok berjuta, balak diceroboh dan macam-macam lagi. Tapi isu ini tak pernah berhenti dan berapa ramai syarikat balak yang didakwa? Jentera dan kuli-kuli diangkut sekejap, tak lama lepas dan hilang dari lokasi.
Beribu-ribu ekar kawasan diceroboh tapi tak disedari langsung oleh pemimpin setempat dan pegawai hutan, tanah dan bagai-bagai lagi. Bila tinggal beberapa ekar, barulah masing-masing perasan dan buat tindakan. Panggil media untuk maklum dah buat kerja berkaitan. Beribu-ekar balak yang ditebang atau dilelong dan yang beli biasanya ialah tauke yang sama upah penceroboh mencuri. ~ CMK
Kabinet Malaysia pada bulan Mac 2005 telah meluluskan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH), bagi menukarkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikira sebagai “hutan miskin” kepada hutan yang kaya dengan sumber ekonomi, dengan membentuk ladang bagi satu-satu jenis tanaman sahaja.
Inilah punca kebanyakkan ladang hutan di tanam dengan kelapa sawit, musang king dan gerharu. Ia menjadi sumber kemewahan pembesar negeri, proksi dan kroni mereka.
Dalam proses ini, kawasan HSK yang besar perlu dibuka dan program ini melibatkan 375,000 hektar kawasan hutan, dengan pembukaan sebanyak 25,000 hektar setahun.
Menurut projek ini, pihak kerajaan masih mengklasifikasikan ladang hutan ini sebagai hutan di dalam HSK, termasuk di dalam rekod dan juga statistik.
Namun hakikatnya ini ialah ladang monokultur di dalam HSK yang mana persekitarannya jauh berbeza daripada hutan yang biasa. Logikkah sehingga 375,000 hektar HSK kita dilabel miskin?
Seperti yang kita tahu, dengan iklim tropika di negara kita, hutan kita sangatlah kaya dengan biodiversiti. Kita dapat lihat ribuan jenis spesies hidupan yang berbeza, sama ada mamalia, serangga, kulat, tanaman herba, pokok kayu-kayan dan banyak lagi.
Penebangan kawasan hutan secara besar-besaran ini secara langsung bukan saja menghapuskan habitat mereka, malah spesies mereka juga turut akan terancam.
Setiap spesies memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem, dan dengan berkurangnya kepelbagaian hidupan ini bermaksud berkurangnya kestabilan dalam ekosistem.
Mungkin kita tidak nampak pentingnya kepelbagaian bio dalam hutan kita, kerana kita sudah terbiasa dengan ekosistem kehidupan di kawasan tempat tinggal kita.
Dalam kalangan masyarakat kita, ada yang bekerja sebagai bomba, ada yang menjadi guru, ada yang menghantar makanan, ada polis yang menjaga keselamatan masyarakat, ada yang bersaing dalam perniagaan, dan lain-lain. Perkara-perkara inilah yang membentuk kestabilan “ekosistem” kehidupan kita.
Kurangnya satu elemen akan membuatkan kitar hidupan kita kurang stabil. Begitu juga di kawasan hutan.
Ada yang berperanan sebagai penyebar biji benih, gajah yang besar menjadi jurutera membentuk lanskap, persaingan antara haiwan bagi mendapatkan makanan, pokok-pokok besar dengan akar yang kuat mencengkam tanah, interaksi mutualistik antara kulat dan tumbuhan, dan banyak lagi. Kurangnya satu elemen, kuranglah kestabilan.
Maka dengan hilangnya elemen-elemen penting ini dalam suatu kawasan, maka para peladang perlu mencari jalan yang artifisial bagi menggantikan fungsi dan servis ekosistem yang sepatutnya wujud secara semula jadi.
Hal ini kerana mereka telah kehilangan sistem kawalan biologi di kawasan tersebut, termasuklah serangga-serangga dan tumbuhan tertentu yang berperanan sebagai pengawal melawan makhluk perosak.
Keadaan akan menjadi lebih teruk di kawasan berbukit, bilamana tiada lagi akar pokok yang kuat untuk mencengkam tanah daripada hakisan, memaksa para peladang untuk membina benteng, membina dinding konkrit pada cerun, mewujudkan sistem perparitan yang ditanam di bawah tanah untuk mengawal aliran air hujan dan banyak lagi.
Semua ini memakan kos yang agak tinggi, yang mana secara logik akalnya semua servis ini disediakan secara percuma oleh Sang Pencipta secara semulajadi.
Kegiatan meneroka HSK dengan ghairah ini turut mengakibatkan konflik antara manusia dan haiwan liar. Sebagaimana pada bulan Oktober 2019 yang lalu, terdapat lebih 180 kes gajah keluar dari habitat asal bagi mencari makanan.
Kebanyakan gajah tersebut dilaporkan keluar dari hutan-hutan simpan sekitar negeri Pahang, seperti Hutan Simpan Kemasul (Temerloh), Hutan Simpan Kota Gelanggi (Jerantut) dan juga Hutan Simpan Lesong di Rompin. Menurut PERHILITAN negeri Pahang, habitat asal gajah-gajah tersebut diteroka untuk membuat ladang dan kebun.
Apa yang pasti, 'Ladang Hutan' adalah satu projek gagal yang jelas sekali bertujuan untuk memperkayakan proksi dan kroni pembesar sebenarnya. Sebab itu segala perturan dilanggar dan akhirnya telah menyusahkan rakyat marhaen bila berlaku tanah runtuh, banjir lumpur dan balak hanyut. Moga kerajaan sedar kesilapan ini.
Terkini saya menerima lagi kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) baharu berskala besar (10,000 hingga 12,000 ekar) yg sedang dan akan digondolkan di Pahang.
Biasalah lesen diluluskan atas nama GLC. Pelesen proksi2 akan cari kontraktor. Habis hutan ditarahnya. Sedap mereka buat duit & kumpul kekayaan.
Bila banjir lumpur kayu balak terjadi seperti biasa akan nafikan. Di Bukit Tinggi Bentong, pun ada kawasan yang diluluskan. Penama dan kontraktor yang berkenaan dah ada nih.
Jika tak jadikan rakyat mangsa, mungkin tak jadi isu sebenarnya. Inix rakyat yang tidak berdosa kehilangan nyawa dan harta benda. Maka itulah rakyat perlu bangkit berjuang !!
Macam biasa, tajuk "Ladang Hutan". Balak2 ditebang, yang naik bukan pokok hutan tapi ladang Musang King dan Kelapa Sawit.
Ada mereka kisah langgar SOP dan EIA? Tarah2 selagi boleh sampai ke tebing sungai. Asal banyak untung sudah. Rakyat bantah buat2 pekak telinga dan mata.. Janji kita kaya raya.
Ada orang tanya saya, kenapa asyik dok fikir soal rakyat. Awak dah kalah pilihan raya, buat keje sendiri jer boss. Buat bisnes adalah untung boleh masuk. Terjah sana sini apa yg boss dapat?. Saya jawab mudah jer..kalah @ menang bukan halangan orang berjuang dan saya tidak kejar untung di dunia.
Apa yang di kejar ialah untung diakhirat. Memang saya ni tak ada apa-apa jawatan, baik dalam kerajaan atau pun mana-mana anak syarikat (GLC). Sy juga bukan Wakil Rakyat atau Yang Berhormat.
Namun saya terus berjuang sebab kita semua adalah WAKIL RAKYAT MARHAEN. So, Biarlah orang mahu kata apa pun asalkan perjuangan diteruskan ! Dosa kita atas dunia dah banyak.
Itu belum termasuk bab2 makan rasuah lagi. Hulur sana, hulur sini nak ekjas projek. Sapu sana sapu sini ekjas projek balak, tanah, PLB, kontrak juta-juta. Under table, Allah nampak !
Nak jd kaya punya pasal, langgar habis walau nama MELAYU ISLAM. Ini yang nak dibangga?
Untung dunia pun bukan boleh bawak masuk kubur. Tinggal belaka. Kaya raya macam mana sekali pun, kain kapan juga dibawa. Lagi pun, kita semua adalah KHALIFAH Allah atas muka bumi ini.
Maka tak salah kita membela rakyat, biarlah tak bergaji dan elaun pun atas dunia ni. Asalkan diakhirat akan dikira pahala oleh Allah.
Semua pahlawan Melayu mati tidak tinggalkan harta untuk anak cucu mereka. Walhal jika nak kaya mereka bersekongkol dengan penjajah je.
Sebab itu jangan disalahkan perjuangan saya dan rakan2 yang lain. Kami tidaklah mengejar apa2 pun kemewahan di duna seperti mereka !
Apa yang kami dapat ialah dihina, dicaci serta dituduh penderhaka, pengkhianat oleh mereka.
Isu yang sedang dimainkan sekarang ialah Dr Maszlee buat tuduhan MB Pahang tidak turun padang ketika banjir teruk melanda negeri ini.
Maka ramailah pihak, individu, pemimpin, NGO yang selama ini diam diri isu banjir balal di Bentong mula bersuara. Biasalah nak tunjuk hebat jadi juara membela pembesar negeri.
Dalam erti kata lain nak mengampu, menjilat dan mengipas agar MB bagi perhatian. Tapi pelik, mereka-mereka ini langsung tak berani nak bersuara isu 'banjir balak' yang melanda.
Masing-masing tutup mulut, tutup mata, tutup telinga biar pun mereka lebih tahu kisah yang berlaku dibelakang tabir. Mereka kenal siapa tauke-tauke dan syarikat terlibatm
Namun, jika bersuara takut ada yang nampak mereka melanggar kenyataan MB. Maka elok diam, mudah untuk terus mencari makan.
Mereka inilah bila Dr Maszlee melanyak MB Pahang, mulalah mereka tunjuk bakal untuk membela dan mempertahaknkan pemimpin.
Saya juga tak setuju kenyataan MP Simpang Renggam itu. Bagi saya beliau terkhilaf sebab MB ada turun padang di merata tempat hulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Cuma menurut penduduk di Telemong dan Sungai Perdak, iaitu lokasi paling kritikal banjir balak di Bentong mendakwa MB tak datang menjengok mereka. Padahal. MB dah sampai ke Karak dan hanya jengok lokasi lain termasuk Kampung Tanjung (foto).
Kata mereka, sepatutnya MB singgah lokasi mereka untuk tengok balak-balak hanyut yang bergelimpangan di lokasi. Jarak kawasan itu dari pekan Karak hanya sekitar 10 hingga 13 kilometer sahaja. Mereka menunggu MB tapi kelibatnya tidak sampai-sampai.
Itu isu yang sebenarnya Dr Maslee perlu angkat di Dewan Rakyat sebenarnya. Bukan soal MB tidak turun padang melawat mangsa banjir. Amat tidak logik kenyataan tersebut. Sebagai pemimpin besar negeri, sudah pasti beliau akan turun, cuma. lokasi kritikal MB tak datang menziarahi mangsa yang berkenaan.
Apa pun, sebagai rakyat marhaen kita akam terus bersuara untuk menjadi penegur yang baik agar kerajaan akan lebih cakna dengan isu rakyat. Kita kena perbetulkan keadaan.
Bab rasuah, korupsi dan penyelwengan kita harus dedahkan. Jangan cuba bersekongkol kerana nak jaga kekayaan kita. Bila tengok ada peluang nak 'mengampu' baru kita nak bangkit bersuara. Kena fikir soal rakyat, bukan soal mana-mana pihak yang khianat.
Selepas beberapa siri pendedahan dibuat tentang banjir lumpur paling dasyat yang melanda kawasan Bentong, Karak, Lanchang dan Mentakab baru-baru ini gara-gara pengondolan hutan secara besar-besaran yang berlaku, nampaknya Kerajaan Pahang seolah-olah terdiam kaku tanpa jawapan penafian segera terhadap isu ini.
Jika sebelum ini, bila ada saja banjir lumpur dan kayu balak bergelimpangan atas jalaraya, begitu cepat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) keluarkan kenyataan menafikan ia ada kaitan dengan kawasan pembalakan, walaupun perkara itu disahkan oleh saintis.
Contohnya ketika banjir pada Januari 2021 lalu, Kerajaan Pahang begitu cepat menafikan ia ada kaitan dengan pembalakan. Mereka mendakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda ketika itu.
Bagaimanapun pada masa sama, kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih menjadi sumber ekonomi negeri tetapi ia dilakukan secara terkawal.
Mungkin ketika itu penafian diterima kerana tiada kematian akibat banjir yang melanda.
Namun kini, selepas beberapa kematian dan kehilangan nyawa berlaku dalam banjir kali ini, ia seolah-olah menutup terus mulut-mulut pihak berkuasa daripada memberi sebarang kenyataan rasmi.
Targedi bermula pada Ahad 19 Disember lalu, apabila beberapa laluan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh serta banjir. Biar pun pada awalnya ada pihak menafikan berita ini, namun akhirnya mereka terpaksa mengiyakannya.
Kemudian viral pula berita 16 orang mangsa hanyut bersama empat kenderaan akibat dibawa arus deras ketika melalui Jambatan Telemong. Ia kemudiannya dinafikan oleh pihak polis Bentong dan bomba Pahang.
Namun kenyataan itu kemudian disangkal oleh ahli keluarga mangsa. Mereka mendakwa ia benar-benar berlaku dan bukan berita tidak benar seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa.
Kenyataan ahli keluarga mangsa dibuat susulan dakwaan Ketua Polis Daerah Bentong, Superinten Zaiham Mohd Kahar, yang meminta orang ramai berhenti menyebarkan mesej tular kejadian itu, bagi mengelak kegusaran terutamanya dalam situasi genting yang sedang berlaku kini.
Kenyataan tersebut juga disokong oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani yang mengesahkan tiada kejadian itu berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan gambar lama yang tidak berkaitan dengan banjir ketika itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani
Akibat penafian itu, tiada tindakan pantas dilakukan untuk menyelamat mangsa dan akhirnya lima orang maut, seorang masih hilang. Manakalah 10 lagi selamat.
Sedangkan mangsa sempat WhatsApp dan menghubungi ahli keluarga untuk dimaklumkan kepada pihak berkuasa ketika kejadian tersebut. Malah, ada dakwaan ahli keluarga, beberapa mangsa terpaksa bergayut pada pokok dalam keadaan air deras selama beberapa jam.
Saya adalah antara individu terawal yang memainkan isu ini di media sosial terutama facebook, Instagram, twitter dan Youtube. Ini kerana salah seorang ahli keluarga mangsa juga adalah sahabat baik saya. Sehingga artikel ini ditulis, seorang lagi mangsa masih belum ditemui. Itu belum termasuk lagi mangsa yang dihanyutkan arus deras di sebuah chalet dekat Janda Baik. Seorang mangsa dijumpa lepas dua hari kejadian seperti dilapor media.
Persoalan mula timbul, benarkah banjir yang berlaku ini ialah banjir biasa atau fenomena 'kepala air' seperti di dakwa. Ketika kejadian, sudah banyak video yang tular dengan jelas menunjukkan sisa-sisa kayu balak bergelimpangan di sepanjang sungai. Maka itulah dipercayai, keempat-empat kenderaan yang hanyut bukan sahaja dipukul arus deras malahan juga kayu-kayu balak yang menghentam di atas jambatan.
Berbagai bukti telah didedahkan bagi menunjukkan banjir lumpur yang dasyat itu adalah akibat kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang telah digondolkan untuk dijadikan 'Ladang Hutan'.
Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam insiden banjir kali ini. Tambahan pula sebelum ini sudah beberapa kali saya menggesa kerajaan hentikan projek 'Ladang Hutan', terutamanya dikawasan yang berisiko. Malah, bagi saya projek ini jelas menguntungkan orang politik kerajaan dengan menggunakan proksi dan kroni mereka untuk memohon. Saya pernah dedahkan perkara ini.
Malah, bagi saya projek 'Ladang Hutan' hanyalah helah untuk mengeluarkan kayu balak dan menanam pokok komersial seperti kelapa sawit dan durian musang king sebenarnya. Ia jelas lari daripada matlamat 'Ladang Hutan' yang dinyatakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sendiri sebenarnya.
Mereka hanya tahu meluluskan dan tidak menyiasat apa yang terjadi. Sedangkan ada tertera fungsi seksyen 'Ladang Hutan' ialah menanam spesies-spesies pokok ubatan dan herba, pokok hutan untuk landskap perhutanan bagi tujuan perlindungan dan sebagainya. Bukannya kelapa sawit atau musang king.
Apa yang menghairankan saya ialah dalam masa JPNP berbangga dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hutan di seluruh negeri Pahang, namun dalam. masa yang sama kelulusan kawasan baharu di buat di kawasan yang berisiko.
Antaranya kawasan hutan tanah tinggi berhampiran tadahan hujan, berdekatan kawasan perkampungan dan kawasan tanah adat orang asli. Inilah yang menimbulkan kemarahan dan dibantah oleh rakyat.
Saya pernah menyiasat beberapa lesen yang diluluskan kepada pihak yang berkenaan terutamanya yang melibatkan Hutan Simpan Kekal (HSK). Ternyata, hampir keseluruhannya adalah orang politik yang rapat dengan pemimpin setempat. Itu belum termasuk hutan-hutan yang diceroboh secara haram yang menjadi tradisi sejak zaman berzaman di negeri Pahang.
Paling menarik pada 21 November lalu iaitu sebulan sebelum banjir lumpur dasyat berlaku baru-baru ini, Kerajaan Pahang umum menambah seluas 696.2 hektar untuk menjadikan keseluruhan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang kini berjumlah 1.6 juta hektar, sejak 2018. Jumlah itu adalah 57 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan yang terdapat di negeri ini.
Namun, apa yang didedahkan oleh akhbar arus perdana New Straits Times (NST) pada Isnin, 27 Disember lalu yang memetik kenyaaan ADUN Sabai, D.Kamache sungguh mengejutkan.
Ternyata ada pembalakan yang dilakukan di atas puncak bukit. Longgokan sisa dan kayu balak yang sudah ditebamg kelihatan amat jelas sekali dari udara.
Mungkin inilah punca utama banjir lumpur dasyat yang berlaku baru-baru ini.
Melihat kepada keadaan kayu balak itu, saling tak tumpah sama dengan yang hanyut dan menyebabkan beberapa nyawa rakyat yang tidak berdosa menjadi korban.
Terjah Lokasi Bersama Wartawan Tua
Tanggal 26 Disember (Ahad) lalu, saya telah menerjah lokasi kejadian bersama sahabat aktivis alam sekitar, Khadir Ahmad A.K.A Wartawan Tua.
Kami bermula di Kampung Batu Kapor, Mentakab kemudian ke Lanchang untuk melihat pula situasi di sana.
Kami sempat meninjau Hutan Simpan Lakum yang juga dipercayai ada kawasan pembalakan yang diluluskan.
Kelihatan dari jauh puncak bukit-bukau yang sudah ditarah dan digondolkan.
Kami kemudian ke Taman Lanchang Indah dan sampai di Jambatan Sungai Telemong sekitar jam 6.00 petang.
Selepas membuat rakaman dan mengambil foto-foto berkaitan, kami terus bergerak ke Kampung Baru Sungai Perdak, yang dapat dilihat dengan jelas kayu balak menghentam kediaman penduduk di situ.
Pada 28 Disember (Selasa) saya turun sekali lagi ke Karak. Kali ini saya mahu melihat dengan jelas situasi di Kampung Tanjung, berhampiran jambatan ke Pekan Karak dari arah Temerloh.
Saya sempat melawat dan menghulurkan sumbangan wang tunai kepada salah seorang mangsa yang ditemui di lokasi terbabit.
Sungguh mengejutkan, agak dasyat juga di sini. Ada 17 rumah penduduk, empat daripadanya ranap, runtuh dan musnah dilanggar serta dihanyutkan arus deras.
Sebelum ini, media hanya memaparkan kes rumah runtuh dan hanyut ini di Hulu Langat, Selangor sahaja. Rupanya di Pahang juga ada kes yang sama sebenarnya.
Sindrom Penafian Kini Sudah Tidak Laku
Dengan rentetan apa yang berlaku dalam banjir lumpur kali ini, ternyata sindrom penafian yang selama ini digunakan untuk mengelirukan rakyat sudah tidak laku lagi.
Malah, ia tidak relevan dengan senario yang terjadi baru-baru ini. Justeru semua pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. Pihak yang meluluskan lesen dan kontraktor pembalakan yang gagal menjalankan kerja mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
Usahlah lepas tangan atas apa yang berlaku. Saya juga sekali lagi menyeru agar projek 'ladang hutan' dikawasan berisiko harus dihentikan serta merta jika benar pemimpin yang ada hari ini prihatin nasib rakyat.
Tak perlu buat muka sedih dan menangis melihat rakyat yang kehilangan harta benda dan segalanya. Ini kerana, gara-gara kerakusan kamu mengejar kemewahan menyebabkan hamba rakyat menjadi mangsa. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Fikirkanlah soal rakyat, bukan menjaga tembolok beberapa kerat pemimpin dan tauke-tauke balak semata-mata. Kembalilah ke pangkal jalan !. ~CMK