Susulan kenyataan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bahawa penyebaran mesej makluman berkaitan larangan beriadah dan bersukan di taman awam seperti yang tular pada Sabtu adalah palsu, maka saya menggesa PBT terbabit membuat laporan polis terhadap isu ini.
Ini kerana tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu itu telah menimbulkan kekeliruan, situasi panik dan kegelisahan dikalangan warga Kuantan. Ini kerana adanya dua SOP berbeza terhadap perkara itu. Berdasarkan kepada SOP terbaharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa-2 yang dikemaskini pada 25 Ogos lalu.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
Malah, aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya
Justeru, penyebaran mesej palsu itu jelah mengelirukan orang ramai, terutama yang sudah lengkap dua dos untuk membawa keluarga beriadah di taman awam dan pantai sekitar Kuantan.
MBK kata palsu, tapi kenapa operasi dibuat hingga kelirukan warga Kuantan?. Siap lokasi taman awam (Taman Esplanade depan HTAA) ada "Barrier Blockade" lagi. Malah jelas dilihat penguatkuasa MBK buat pengumuman amaran kepada orang ramai akan diambil tindakan sbb langgar SOP PKP 3.0.
Jika MBK dakwa mesej yang tersebar itu palsu, kenapa penguatkuasa buat operasi dilokasi yang berkenaan? Malah, dalam mesej siap ada nombor untuk dihubungi PERTEL Penguatkuasa MBK (( 0129505742 )), pada mesej siap CC kepada IPD Kuantan lagi.
Jika palsu, MBK wajar buat laporan polis untuk siasat siapakah yang viralkan nesej itu hingga jadi kegelisahan kepada warga Kuantan. Sebab ini isu serius, ia tak cukup dengan admin hanya tulis palsu di page facenook sahaja.
Datuk Bandar haruslah tampil segera membuat kenyataan rasmi atas isu ini. Sama ada mahu mohon maaf atas mesej yang tersalah sebar, atau umum akan laporkan kepada pihak polis kerana ada pihak yang nak rosakkan imej MBK.
OCPD Kuantan boleh buat kenytaan rasmi siap ditandatangani lagi, mana mungkin admin FB saja keluar perkataan PALSU, sedangkan rakyat sudah dikelirukan dengan maklumat ini sejak ia diviralkan.
Maka, MBK wajar buat laporan polis kepada mana2 pihak yang membuat kenyataan palsu itu agar diambil tindakan oleh pihak polis dan didakwa ke muka pengadilan. Sebar berita palsu adalah salah disisi undang2 di negara ini.
Sepatutnya PBT perlu rujuk kepada Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh mengelirukan orang awam. Ini bukanlah kes pertama berlaku di Kuantan, sebelum ini sudah banyak SOP yang bercanggah antara MKN dan MBK sebenarnya.
Sebagai bekas pelajar UITM, saya menggesa agar IPT terbabit tidak bercita2 besar berada dalam Liga Super pada masa yg akan datang. Kerana ia jelas menjatuh imej dan jenama IPT terbabit. Biarlah pasukan kelab profesional yg ambil bahagian.
Malah saya menggesa FAM supaya membuat syarat supaya Liga Super itu hanya disertai oleh pasukan NEGERI semata2 dan bukan kelab dari negeri tersebut. Malulah negeri bila kelab main Liga Super, negeri pula main Liga Perdana.
Jika kelab dari negeri itu hebat, maka upgrade kelab itu jadi negeri. Ini boleh menjaga imej pasukan negeri daripada dimalukan pasukan kelab. Sebab kelab2 level dia bermain dengan Liga Kelab.
Untuk negeri, lawan dia biarlah antara 14 buah negeri yang berada dalam Malaysia macam dulu2. Barulah ada semangat kenegerian untuk penonton nak berikan sokongan. Sekadar pandangan ikhlas
Selama ini BN hanyalah menjadi kerajaan ketika negara berada dalam situasi yang aman damai dan tiada gejala penyakit seperti Covid-19 yang menular seluruh dunia seperti hari ini. BN telah mentadbir negara dengan aman damai hingga tumbang pada PRU-14 pada 2018 ditangan PH.
Pimpinan PH yang diketuai oleh bekas PM BN paling lama iaitu Tun Dr Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Belum sempat habis penggal negara dilanda wabak Covid-19 yang membawa kepada perletakan jawatan beliau akibat "langkah Sheraton" pada 2020.
Ketika itu kes Covid-19 masih diperingkat awal. Namun akibat daripada kegagalan kerajaan PH untuk menghalang kemasukan warga asing terutama dari negara China telah menyebabkan Covid-19 semakin menular di seluruh negara kita.
Akhirnya kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan mengambilalih kuasa dan terwujudlah kerajaan Perikatan Nasional (PH) yang menyaksikan PM Muhyiddin Yassin diberi amanah bagi mentadbir negara ini. Namun selepas sahaja Fasa III PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, kes poritif Covid-19 terus meningkat melebihi angka 20,000 orang. Ini menyebabkan rakyat marhaen menuduh PN adalah "kerajaan gagal".
Ia akhinya telah membawa kepada perletakkan jawatan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Maknanya Kerajaan PN itu sudah terbubar secara automatik selepas PM hilang majoriti dikalangan para wakil rakyat. Susulan itu, DS Ismail Sabri Yaakob pula telah dilantik mejadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Maka, ini bermakna kerajaan pusat itu telah kembali semula kepada Barisan Nasional (BN). Ismail adalah Naib Presiden UMNO yang mendapat kedudukan selepas Presiden DS Zahid Hamidi dan bekas Presiden DS Najib Tun Razak digelar "kluster mahkamah". Manakalah Timbalan pula iaitu DS Mohamad Hassan hanyalah ADUN dan tidak layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri (bukan Ahli Parlimen).
Rezeki kepada Ismail Sabri Yaakob dianugerah jawatan PM selepas mendapat majoriti 114 SD tewaskan DS Anwar Ibrahim. Maknanya beliau sekarang punyai hak membentuk kabinetnya sendiri.
Justeru, sewajarnya kerajaan baharu yang akan dibentuk ini tidak lagi terikat dengan pihak lain. Ismail perlu percaya bahawa kuasa sudah pun dikembalikan kepada UMNO Barisan Nasional (BN) biar pun mereka tewas menerusi peti undi pada PRU-14 yang lalu. Maka, Adalah lebih baik Ismail membentuk kembali kerajaan BN ketika kuasa sudah ada ditangan.
Beri peluang pula untuk BN buktikan kepad rakyat bahawa parti itu boleh membawa perubahan terutamanya dalam menangani penularan kes Covid-19 ini.
Giliran BN sudah tidak selepas PH dan PN itu dilihat gagal mengatasinya. Ismail tidak perlu terikat dengan ugutan agar kerajaan PN wajib dipertahankan, sedangkan ia sudah tumbang!. Maka, kabinet yang perlu dibentuk seharusnya menjurus kepada kerajaan Barisan Nasional.
Tidak perlu teragak-agak untuk menamakan siapakah Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kanan, kerana ia adalah milik UMNO.
Rakyat mahu lihat pula bagaimana UMNO yang mentadbir semula negara ini mencari kaedah2 baharu untuk membendung penularan Covid-19 selepas ini sehinggalah Pilihan Raya Umum ke- 15 tidak lama lagi.
Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan beliau memperbetulkan apa jua kesilapan selama ini. Jangan terikat syarat yang dibuat oleh parti yang menyokong beliau baru-baru ini.
Laksanakan tanggungjawab itu dengan tenang tanpa terikat dengan sebarang unsur yang boleh memendekkan semula hayat kerajaan beliau sekarang ini. Selamat bertugas.
Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang, maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM dan memimpin negara ini hinggah habis penggal, parlimen dibubarkan.
Dalam perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri sekarang ini, Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM zaman Mahathir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM, TPM Zaman Najib), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (TPM Zaman Muhyiddin), Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM Zmn Mahathir), Datuk Seri Zahid Hamid (TPM Zaman Najib) dan Tun Mahathir (PM, TPM pada Zaman Tun Hussein Onn) adalah dari DNA UMNO biar pun mereka kini ada yang sudah tidak bersama parti itu lagi sebenarnya.
Politik negara kita terus jadi carca merba dan masih bercelaru, makanya sesiapa saja yang diangkat jadi PM pasti akan ada yang tidak puas hati dikalangan mereka dan akan terus bangkit memberontak. Maka saya rasa elok kita cuba pula Perdana Menteri Interim daripada kalangan pemimpin PAS pula, sebab PAS juga ada calon-calon yang layak dan berwibawa seperti Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi. Mana tahu ada juga keberkatan, apabila disokong dek para ulamak yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia tercinta ini.
Nak kata salah atau silap, adatlah. Kita manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun, diketika musim Covid-19 ini apakata jika kita kembalikan kuasa dan tampuk pemerintahan kepada yang faham Islam pula. Kita dah cuba lama PM dari DNA UMNO... DNA DAP kita tak nak dan takut, maka cuba pulak DNA PAS. Islam pasti boleh.
Zaman dulu mungkin kita boleh akur dengan DNA dari UMNO sebab parti keramat orang Melayu itu tidak pernah tumbang 13 kali penggal pilihan raya umum. Namun selepas PRU14, parti ini sudah tidak sehebat dulu lagi. Disnati UMNO sudah hilang taringnya dan kini berkecamuk sesama sendiri untuk merebut sedikit kuasa yang ditinggalkan, jika Muhyiddin meletak jawatannya hari ini.
Roh perjuangan Islam dan Melayu sudah hilang sedikit demi sedikit. Semuanya kerana terlalu lama berkuasa dan guna wang ringgit untuk memenangi hati rakyat marhaen. Jika tidak dibayar, tak buat kerja dan tak undi. Bila ada wang baru buat tindakan. Hinggalah dapat kuasa, projek dan kemewahan akan jadi habuan kepada kroni, proksi dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Pemimpin kaya raya mewah tapi rakyat marhaen terus merempat di bumi sendiri. Maka, hari ini kita kena ubah dan berikan jawatan PM itu kepada pemimpin yang ada sirah perjuangan Islam dalam jiwa-jiwa mereka.
Dalam PAS memang ada yang buat salah sikit-sikit itu normal dan boleh diperbetulkan selagi akidah mereka berpaksikan syariat Islam. Namun selagi kita tidak mencuba selagi itulah hanya DNA UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya.
Minda kita kena diubah, kena kembali kepada Islam untuk keluar dari bala bencana, musibah yang melanda. Bila dua puak orang Islam bertelagah maka kembalilah kepada Al-Quran.
Bila kuasa politik Melayu berbalah sesama sendiri yang semuanya dari kalangan DNA UMNO maka itu marilah kita berikan pula kepada Islam untuk memimpin. Saya yakin rahmat Allah pasti akan datang dan keluarkan negara kita dari kemelut dan musibah Covid-19 yang terus melanda sekarang ini.
Saya bukan ahli PAS, cuma sekadar pandangan peribadi semata-sama, sebab saya lihat tukarlah sesiapa pun selagi mereka dari DNA UMNO pastilah negara akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang berpanjangan.
Lagi pun, diakhir zaman ini semua DNA UMNO yang tubuhkan parti baharu tetap akan ada yang melompat. Tapi pemimpin PAS sampai sekarang kekal dan masih terus istiqomah dengan perjuangan mereka sehingga ke hari ini.
Pilihan kini boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana wakil rakyat yang difikirkan sesuai menjadi Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan interim sementara meninggu habis penggal untuk parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.
Anwar permah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Lim Guang Eng pernah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Najib dan Zahid permah bersama PAS (Muafakat Nasional), Muhyiddin, Ismail Sabri bersama PAS (Perikatan Nasional). Makanya semua parti yang ada majoriti terbesar pernah bersama PAS. Tidak salah untuk kita mencuba kepimpinan Islam pula berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sehingga parlimen di bubarkan dan pilihan raya umum itu diadakan.
Apa kata kita cuba hingga habis penggal Ini jer sebagai Perdana Menteri Interim. Insya Allah, dah lebih 60 tahun kita dipimpin DNA UMNO. Takkan nak cuba DNA PAS kita rasa takut kot. Sekadar pandangan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apapun salam perjuangan.
Hari ini saya buat satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah di Komplek SPRM Pahang, Indera Mahkota.
Saya tiba pada jam 10.00 dan menggesa pihak SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.
Ia berkaitan satu permohonan tanah (kediaman) yang melibatkan seorang individu berkepentingan di Kuantan.
Saya mempersoalkan bagaimana penjawat awam yang masih berkhidmat boleh mohon tanah guna nama sendiri. Sedangkan beliau ada kepentingan terhadap kawasan terbabit.
Malah, permohonan hanya beberapa bulan sudah diangkat oleh jabatan terbabit untuk dibawa ke atas. Sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun mohon tanah, itu pun fail tak pernah diangkat dan bila ditanya, hanya jawapan dalam proses yang mereka dapat.
Saya terkejut, bagaimana seseorang penjawat awam yang masih berkhidmat tergamak memohon tanah bernilai tinggi menggunakan nama sendiri.
Bagi saya, ini tidak adil untuk rakyat kerana jelas ada kepentingan peribadi dalam urusan terbabit. Rakyat biasa berhadapan dengan berbagai kerenah birokrasi bila memohon tanah (geran).
Hingga ramai yang meninggal dunia akibat terlalu lama menunggu. Tapi, mereka yang ada kuasa begitu mudah mencatur tanah untuk dimonopoli oleh puak-puak mereka.
Maka itulah saya menggesa SPRM menyiasat. Malah saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini.
Tanah-tanah hanya difaraid sesama kakitangan dan proksi mereka yang ada duit. Dapat tanah, mereka jual dan menjadi kaya raya dengan sekelip mata selepas bersara kelak. Inilah kepincangan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan ia perlu dibersihkan segera.
Saya turut menerima banyak lagi isu penyelewengan tanah di negeri Pahang khasnya dan seluruh Malaysia amnya.
Mereka mahu isu ini diangkat, kerana tidak ada pihak yang mahu bersuara terhadap isu yang sudah lama berakar umbi dalam jabatan kerajaan terbabit sebenarnya.
Rakyat kini mula sedar, mereka telah ditipu dan dipermainkan sejak sekian lama. Tanah yang mereka mohon, dilapis pelan oleh orang dalam dan dijual kepada pihak lain. Mereka dapat wang, rakyat melopong. Bila ditanya, jawapannya dalam proses.
Namun, bila orang yang ada kepentingan baru mohon sudah diproses dan diangkat untuk kelulusan. Inilah yang tidak adil buat rakyat sebenarnya, tambah beliau lagi.
Jika bukan sekarang, sampai bila-bila pun isu ini tidak akan selesai. Malah, penjawat awam yang terlibat anggap amalan hakiki mereka sebagai biasa, walhal rakyat marhaen yang dinafikan hak untuk memiliki tanah selama ini melihat ia adalah satu tindakan terkutuk dan ia perlu dibersihkan demi masa depan generasi akan datang. Inilah masanya untuk buat perubahan.
Ada member bertanya saya pergi tengok tanah siapa di KotaSAS semalam?. Sebenarnya saya pergi tengok beberapa lot tanah yang cuba di bolot oleh PEGAWAI KERAJAAN YANG MASIH BERTUGAS DAN ADA KEPENTINGAN di dalam hal ehwal tanah. Rakyat marhaen yg memohon tanah berpuluh tahun tak diangkat hingga ada yang meninggal dunia. Tiba2 ada pulak tanah2 yang baru sebulan dua dipohon oleh mereka ini tiba2 diangkat. Begitu cepat dan spantas kilat. Dah lah tu siap GUNA NAMA SENDIRI plak tuu.
Selamba je macam tak rasa bersalah langsung kpada rakyat marhaen. Conflict of interest dan dengan rasa tak bersalah mereka ini membolot, memohon tanah2 di lokasi strategik. Kerajaan mungkin tak tahu benda nih. Dengar cerita yang main peranan orang2nya yang dipunggah dari kawasan lain ke situ. Mudah nak buat kerja dan dibantu pula oleh orang dalam yang khianat ini.
Terima. masih kepada orang jabatan terbabit yang memberi maklumat berkenaan. Memang saya agak "terkejut beruk", berani mohon tanah GRED A guna nama sendiri ketika bertugas dan ada kepentingan? Projek lain dijabatan terbabit juga katanya dianugerahkn kpada ahli keluarga sendiri. Patutlah ramai pegawai kerajaan kaya raya yer.
Kisahnya waktu bertugas, balun projek dan tanah sana sini untuk proksi dan kroni. Tak ingat langsung rasa bersalah. Siapakah mereka agaknya. Dokumen berkenaan sudah diterima sejak semalam, sebab itu saya pergi KotaSAS untuk tengok lokasi. Sungguh mengejutkan yer. Nilai tanah mencecah ratusan ribu, malah juta ringgit. Meman kaya ni kalau dah pencen nanti.
Pengkhianat sebenar bagi orang Melayu ialah beberapa kerat pegawai kerajaan yang khianat dan sanggup menggadaikan maruah, amanah dan tanggungjawab untuk kekayaan peribadi mereka. Mereka inilah yang rela bersekongkol dengan golongan kayangan untuk jual tanah2 daripada meluluskannya untup rakyat yg dah berpuluh2 tahun memohon.
Sanggup lapis fail dan buat apa saja demi mengejar keuntungan duniawi. Asalkan mereka KAYA RAYA, rakyat marhaen dibiarkan merempat sana sini tidak bergeran (tanah) walau pun dah puluhan tahun mengusahakannya. Sebab, daripada diberikan geran, lebih baik lapis fail dan jual kpada pihak lain yang BOLEH MEMBAYAR harga2 tertentu.. Inilah dia pengkhianat rakyat yang sebenarnya.
Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng.
Tindakan ini dilakukan selepas melihat isu yang melanda kilang terbabit tidak berkesudahan dan pasti akan berterusan.
Jika kerajaan menutup mata atas isu yang berlaku maka sampai bila-bila pun rakyat akan disajikan dengan adengan cukup memilukan ini.
Banyak isu penindasan dan soal kebajikan yang terjadi di kilang ini sejak ia mula beroperasi. Anehnya, ia hanya melibatkan sebahagian brsar pekerja tempatan yang majoritinya berbangsa Melayu.
Isu paksaan tinggal di asrama, cuti tahunan dan kecemasan dipotong elaun, isu kes Covid-19, isu makanan serta isu kebajikan dan sosial yang lainya. Layanan berat sebelah terhadap pekerja tempatan dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh.
Bila ada sesuatu kes yang melibatkan pekerja di kilang terbabit, MCKIP hanya akan berpihak kepada pekerja asing tapi pekerja tempatan akan diberikan surat amaran (warning letter).
Pada tahun lepas, seribu lebih pekerja telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh. Malah, pampasan yang ditawarkan juga tudak setimpal dan tidak seperti dijanjikan.
Pekerja tetap hanya diberi pampasan gaji sebulan. Pekerja lain apatah lagi. Mereka layan pekerja tempatan umpama pendatang asing tanpa izin (PATI). Tetapi tidak kepada pekerja asing yang memperolehi berbagai keistimewaan.
Pada masa ini 1,300 pekerja tempatan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari hingga 20 dan 23 Julai ini.
Selepas tamat kuarantin, MCKIP hanya beri dua pilihan iaitu duduk di asrama jika mahu bekerja atau tidak dibayar gaji (unpaid) jika balik ke rumah masing-masing.
Sudah hampir dua bulan pekerja tempatan dikurung di asrama dan tidak dibenarkan balik. Alasannya Covid-19, namun kini kes merebak pula dari dalam bukan dari luar. Maka sepatutnya pekerja dibenarkan ulang alik dari rumah. Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu anak isteri dan keluarga masing-masing sebenarnya.
MCKIP mendera mental dan fizikal pekerja tempatan seolah-olah mereka"buruh paksa". Inilah bukti kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kilang terbabit.
Kerajaan Negeri Pahang ada membantu pada tahun lepas (2020), namun isu yang sama berlaku tahun ini.
Daripada lebih 4,000 pekerja tempatan kini hanya tinggal seribu lebih sahaja sebab mereka pecat sesuka hati terutamanya bagi pekerja yang bersuara mempertahankan hak yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.
MCKIP pecat pekerja tempatan dan diganti dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. Ini jelah menunjukkan kilang terbabit melanggar janji mereka kepada kerajaan Malaysia, iaitu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Banyak lagi isu yang berlaku dan kami dedahkan dalam surat terbuka yang akan dihantar kepada Perdana Menteri (Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Haju Md Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) , Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) , Menteri Komunikasi Dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Rina Harun),
Surat terbuka itu juga akan ditujukan kepada Menteri Besar Pahang (Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail) , Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Pahang (Dato' Sri Johari Hussin) dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beserah (Andansura Rabu) .
Kami turut akan hantar surat tersebut kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan dua bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, dan kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang (Pezman Che Hussin).
Surat terbuka akan dihantar pada Isnin ini dan turut akan disebarkan di dalam media sosial dan wartawan media arus perdana serta portal-portal yang berkenaan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Rompin dilapor sudah pun melakukan siasatan terhadap kilang yang melepaskan air hitam ke Sungai Keratong pada 13 Disember 2020 yang lalu. Namun selang tujuh bulan dari tarikh tersebut rakyat di Keratong telah ditimpa musibah, kini menderita sudah lebih seminggu ketiadaan air sekarang ini.
Ia gara-gara air hitam akibat kolam effluen yang didakwa runtuh di kilang terbabit telah pun mengalir ke dalam Sungai Pukin. Kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dihantui masalah gangguan bekalan air.
Timbul persoalan, JAS mendakwa pihak kilang tidak dibenarkan beroperasi sehingga kolam itu dibaiki sepenuhnya. Malah, JAS Pahang akan pantau kerja-kerja pembaikan kolam effluen itu. Namun, hasilnya kolam itu sekali lagi runtuh dan menyusahkan penduduk setempat.
Apa yang dipantau oleh JAS Pahang agaknya? Sebenarnya banyak isu alam sekitar yang kini berlaku di Pahang, kreadibiliti JAS menjadi tanda tanya.
Ini kerana, ada kes apabila ada pihak yang membuat aduan berkaitan isu pencemaran daripada aktibiti kilang, tiba-tiba pihak kilang terbabit pula telah menghubungi dan memberi amaran kepada pengadu. Ini jelas menunjukkan, ada unsur pecah maklumat dan orang dalam yang bocorkan rahsia kepada pemilik kilang berkenaan sebenarnya.
Saya pernah perjuangkan satu isu berkaitan isu pencemaran di Pahang. Saya terkejut apabila pengadu mendakwa beliau dihubungi pihak kilang, sedangkan aduan di buat kepada JAS Pahang. Beliau kemudian diugut dan mahu di ambil tindakan gara-gara mengganggu aktiviti kilang berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram. Apa tindakan JAS Pahang?? Sama juga pantau dan operasi tetap berjalan seperti biasa hingga menerima bantahan dari kalangan penduduk setempat.
Berbalik kepada isu pencemaran air sungai di Keratong ini, maka saya mengesyaki kaedah "pantau" yang sama dilakukan. Inilah yang menjadi punca masalah kepada sebahagian besar penduduk apabila masalah bekalan air terjejas. JAS Pahang harus bertanggungjawab atas insiden yang berlaku ini. Kenapa kilang boleh beroperasi, sedangkan SOP yang patut diikuti mungkin tidak dilaksanakan sebaiknya.
Akhirnya kolam effluen itu runtuh dan ramai penduduk yang terjejas apabila loji bekalan air di kawasan terbabit turut terlibat. Jika begini cara kerja JAS Pahang, saya merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap operasi kilang terbabit. Moga dapat dipermudahkan.
Isu pencerobohan tanah haram untuk penanaman durian 'Musang King' tidak wajar terus dipolitikkan oleh pihak tertentu, hingga terus menyalahkan Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) sepenuhnya atas pencerobohan tanah yang berlaku.
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan tegas pada satu kenyataan tidak mahu tindakan menghalang pekebun dan menebang pokok durian musang king itu dipolitikkan hingga menjadi isu perkauman.
Saya hairan, kenapa pihak berkenaan terus menyerang DAP dalam isu ini. Seolah-olah Cina yang menanam durian musang king di Raub itu semuanya adalah orang-orang DAP.
DAP hanya berkuasa di Parlimen Raub selepas calon mereka Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menang pada PRU-13. Kemudian pada PRU-14 pula Tengku Zulpuri Tengku Puji pula menang dan berjaya mengekallan kerusi parlimen itu untuk dua penggal berturut-turut, bermula pada tahun 2018 hingga sekarang.
Untuk rekod parlimen Raub dimenangi oleh calon MCA bermula pada tahun 1978 (Tan Koon Swan), 1982 (Tan Tiong Hon), 1986 (Teng Gaik Kwan), 1990 (Teng Gaik Kwan ), 1999 (Ng Yen Yen) dan 2008 (Ng Yen Yen). Bermakna enam penggal MCA menguasai parlimen Raub sebenarnya.
Sedangkan isu pencerobohan tanah haram kerajaan oleh pekebun musang king ini dilaporkan telah bermula sejak awal tahun 70an lagi. Siapa yang lebib berkuasa di Parlimen Raub ketika itu. Bahkan ketika MCA menang, Kerajaan Negeri Pahang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) yang mana MCA adalah parti komponennya.
Kenapa DAP yang baru lapan tahun itu harus dipersalahkan 100%?. Kenapa mereka tidak langsung salahkan MCA? Walhal, calon DAP itu ialah orang Melayu Islam dan Kerajaan Negeri Pahang masih diperintah oleh Barisan Nasional (BN).
Mereka yang terlibat dalam isu musang king ini bukan semuanya berbangsa Cina. Katanya ada ramai juga orang Melayu yang terlibat terutamanya peserta RPS Sungai Chalit yang merupakan penyokong kuat UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama.
Kenapa sebahagian orang Melayu yang terlibat ini tidak disedari dan didedahkan? Kenapa hanya menfokuskan kepada pekebun bangsa Cina sahaja dan mengaitkan DAP sebagai dalang di sebalik pencerobohan ini.
Sedarkah MCA telah berkuasa puluhan tahun di Parlimen Raub, dan kuasa ke atas hutan dan tanah adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.
Maka, jika puluhan tahun pencerobohan haram ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan ia bermakna Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah gagal dalam urusan pentadbiran akibat maklumat yang disembunyikan oleh mereka yang khianat dan bersekongkol dengan isu ini. Sebab itu beliau menggesa Menteri Besar Pahang menyiasat pihak terbabit sama.
Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang mendapat maklumat tepat daripada pemimpin di Raub tentang aktiviti pencerobohan ini. Bukankah salah seorang pemimpin politik Raub juga lama berada dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.
Apakah beliau tiada langsung maklumat tentang pencerobohan ini? Siapa yang sepatutnya melaporkan kepada beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dan Exco Kerajaaan Negeri? Pemimpin setempat seperti Penghulu, Tok Empat, Pegawai Daerah, Yang Di Pertua Majlis dan sebagainya. Takkanlah tiada langsung laporan atau aduan yang diterima, boleh dibawa dalam mesyuarat MMK setiap hari Rabu di Wisma Sri Pahang.
Kenapa baru sekarang nak sedar ada pencerobohan? Bukan seekar dua tapi 11,000 ekar hutan yang diceroboh keseluruhannya. Mana pergi Jabatan Perhutanan Raub, Majlis Daerah Raub, Jabatan Pertanian Raub, Jabatan Tanah Dan Daerah Raub serta lain-lain agensi berkenaan selama ini?.
Jika tiada laporan, bermakna isu ini sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu terutamanya yang kuasa di Raub. Mereka ini mungkin bersekongkol atas industri durian musang king yang menguntungkan ini.
Mereka semua harus dipertanggungjawabkan walau pun sudah bersara dari perkhidmatan. Mereka sanggup tutup mulut dan mata tanpa melaporkan pencerobohan ini kepada pihak atasan. Maknanya mereka khianat kepada tanggungjawab dan memperdayakan Kerajaan Negeri Pahang ketika itu.
Mujurlah ada Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang prihatin dan mendedahkan isu ini. Jika tidak pasti kita hanya tau Raub popular dengan musang king dan tidak tahu ia ditanam secara haram tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa selama ini.
Justeru, sebagai aktivis bebas dan tidak cenderung kepada mana-mana parti politik saya berharap semua pihak jangan hanya menyalahkan DAP semata-mata, walhal penglibatan MCA dan lain-lain komponen BN juga harus didedahkan.
Jika tiada penglibatan pihak berkuasa, pasti isu ini dah lama terbongkar. DAP menang di Raub pada 2013. Kenapa ketika DAP menang di Parlimen Raub lapan tahun lalu, isu ini tidak berbunyi. Selepas ada syarikat diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Pahang barulah isu ini hangat semula.
Semua mereka yang salah kerana menceroboh perlu di dakwa dan bawa ke muka pengadilan, termasuk kakitangan jabatan berkaitan yang bersekongkol dengan pencerobohan ini walau pun sudah bersara. 'Musang berbulu ayam' dan 'musang berjanggut' ini perlu dihukum.
Saya harap semua pihak faham dan hormat antara satu sama lain. Usahlah cuba memburukkan keadaan. Biarlah kerajaan menentukan tindakan yang harus diambil dengan sebaik mungkin.
Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan siasatan sejak tahun lalu, namun setakat ini belum ada sesiapa yang ditangkap atau pun didakwa atas kes rasuah dan pecah amanah dalam isu ini.
Pencerobohan tanah untuk tanaman durian musang king di kawasan Hutan Simpan Batu Talam, Raub sepatutnya diselesaikan lebih awal dan tidak dibiarkan sehingga kawasan itu sudah mengeluarkan hasil.
Tindakan yang terlalu perlahan sehingga mengambil masa yang lama menyebabkan pekebun terbabit telah mengaut keuntungan berjuta-juta tanpa memberikan sebarang hasil kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Sepatutnya tindakan diambil sejak dulu lagi ketika kebun haram terbabit mula diusahakan di kawasan tersebut dan keadaan itu menimbulkan pertanyaan kerana seolah-olah berlaku unsur penyelewengan.
Adakah pekebun haram itu mendapat ‘kebenaran’ pihak tertentu sebelum ini sehingga mereka berani meneroka kawasan hutan simpan untuk menanam durian bermutu tinggi ini.
Saya memuji keberanian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam isu tersebut kerana jika pencerobohan itu terus dibiarkan, sudah tentu akan merugikan kerajaan negeri.
Bagaimanapun selain tindakan memusnahkan kebun haram ini, kerajaan negeri turut digesa agar mencari dan mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik kegiatan itu.
Pekebun haram itu juga perlu didakwa atas tuduhan menceroboh tanah kerajaan sejak sekian lama.
Kita juga mahu kerajaan negeri menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah dalam isu tersebut.
Saya berpendapat tindakan memusnahkan pokok durian yang buahnya sedang menunggu masa untuk dituai tidak kena pada masanya.
Kenapa tiada kompromi dengan pekebun untuk ambil hasil terlebih dahulu.
Saya kira, operasi ini lebih baik dilaksanakan selepas hasilnya diambil kerana sayang buah yang banyak itu dimusnahkan begitu sahaja.
Kalau bukan diserahkan kepada pekebun, buah hasil kebun haram ini diambil dulu dan diagihkan kepada rakyat kerana ramai yang tidak mampu untuk menikmati durian musang king ini.
Justeru, adalah satu kerugian apabila buah-buah durian bermutu tinggi yang menunggu masa untuk dituai itu dimusnahkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam akhirnya telah memasukkan data dan adanya kluster industri ByPass Gebeng yang melibatkan 52 orang pekerja di kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) disahkan positif Covid-19.
Justeru, kerajaan sewajarnya mengarahkan kilang terbabit menghentikan sementara operasinya buat sementara waktu.
Ujian swab test perlu dilakukan kepada semua pekerja kilang terbabit. Malah, kerja-kerja sanitasi juga wajar dibuat di kilang, kantin, dalam bas, hostel dan seluruh kawasan MCKIP dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Paling penting, bagi pekerja tempatan yang disahkan negatif dan tidak bergejala, benarkan mereka balik ke rumah masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri selama tempoh tertentu, dan gaji tidak dipotong (unpaid).
Kerajaan juga perlu memantau kebajikan dan layanan terhadap pekerja tempatan di kilang itu kerana banyak aduan yang diterima menjurus kepada kegagalan majikan berbuat demikian.
Syarat mewajibkan pekerja tempatan tinggal di asrama (hostel) perlu dilonggarkan. Saya difahamkam, pada masa ini pekerja yang berkenaan dipaksa tinggal di hostel jika mahu bekerja, jika tidak berbuat demikian mereka akan dikira bercuti tanpa gaji (unpaid leave).
Ini menyusahkan, terutamanya bagi yang sudah berkeluarga ada anak isteri yang ditinggalkan sudah hampir dua bulan sekarang. Kasihan kepada pekerja dan keluarga terbabit, apa salahnya benarkan mereka ulang alik kerja dari rumah anda kilang masih teruskan operasi.
Saya difahamkan arahan tinggal di hostel dibuat dua bulan lalu atas alasan mahu elakkan jangkitan Covid-19. Namun kini KKM sudah sahkan ada kes positif yang melibatkan pekerja dari dalam kilang, makanya alasan itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.
Virus Covid-19 sudah merebak dari dalam kilang, dibawa oleh pekerja warga asing sendiri makanya pekerja tempatan perlu diberi pilihan berulang-alik dari rumah demi keselamatan mereka. Inilah yang sedang kami perjuangkan.
Saya juga berharap kerajaan mendengar suara dan rintihan pekerja ini. Dalam masa terdekat beliau khabarnya akan mengadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membawa usul tersebut.
Kilang MCKIP terletak dalam Parlimen Indera Mahkota. Datuk Saifuddin juga adalah menteri kabinet (Komunikasi Dan Multi Media). Maka, apa salahnya cakna dan ambil berat isu ini. Bawa kepada PM atau Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali untuk selesaikan kemelut yang melanda pekerja terbabit. Soal Saifuddin mahu jumpa atau layan isu ini, itu hak beliau. Namun aduan mesti disampaikan. #CMK
Asalnya saya memang menyokong tindakan yang dibuat pihak berkuasa yg menghalang pekebun durian musang king Raub masuk ke tanah yang diceroboh. Nampak macam video yang disebar ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Lagi pun dengan lantang polis mendakwa ada arahan terus dari Menteri Besar Pahang. Jelas, nama jawatan MB disebut dengan rakaman yg sudah disediakan oleh pihak terbabit utk diviral dan sekali pandang kita akan nampak tindakan dibuat untuk menghalang pekebun, walau pun arahan mahkamah rayuan notis pengosongan ditangguhkan sehingga kes rayuan didengari.
Setelah saya amati betul-betul adengan ini tak menampakkan tindakan yang sepatutnya sejak dari awal lagi. Sebab Kerajaan Negeri Pahang sendiri pernah umum 'pemutihan' akan dibuat secara 'timbang rasa' dan juga 'win win' antara pihak penceroboh itu dengan kerajaan negeri.
'PEMUTIHAN TIMBANG RASA' DI UMUMKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PAHANG PD 2020
Pada 24 Ogos 2020, Kerajaan Negeri Pahang umumkan Operasi pemutihan tanah dalam kegiatan pencerobohan bagi menanam durian Musang King di Pahang dilakukan secara bertimbang rasa, agar aktiviti pencerobohan tanah kerajaan, termasuk hutan simpan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu-gugat.
Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan mewujudkan suasana tidak sihat seperti mengalakkan orang lain untuk ceroboh dan teroka tanah kerajaan, sedangkan kerajaan negeri mempunyai undang-undang dalam hal tersebut.
Kerajaan negeri boleh memusnahkan tanaman itu, seperti dibenarkan di bawah undang-undang, namun kerajaan mencari pendekatan yang lebih baik iaitu diambil alih oleh anak syarikat negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan perbincangan telah dilakukan dengan pihak terlibat katanya.
Dalam isu Musang King ini, wujud kumpulan yang menentang. Kerajaan tidak mahu jadikan pencerobohan satu kebiasaan. Jika mahu, isi borang dan mohon dengan kerajaan. Jika tak mohon, kerajaan perlu ambil tindakan dan ini merugikan. Kita cuba ambil pendekatan berhemah namun kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Malah saya difahamkan 'sistem pajakan' antara yang diperkenalkan iaitu pencerobohan tanah kerajaan di Pahang akan dikenakan bayaran tertentu sekiranya mahu teruskan aktiviti atas tanah yang diceroboh itu sebenarnya. Saya juga ada menerima dokumen yang berkenaan serta tahu caj yang dikenakan oleh pihak yang dilantik kerajaan Pahang untuk uruskannya.
DAKWA PENCEROBOH 4,400 HEKTAR TANAH HUTAN SIMPAN SERTA MEREKA YG TERLIBAT
Justeru saya menggesa, jika benar kerajaan serius untuk melakukan tindakan maka siasat hingga ke akar umbi, bagaimana tanah hutan simpan itu boleh diceroboh sebelum ditanam durian musang king. Pihak yang terlebih awal menceroboh dan mengambil hasil mahsul kayu balak seluas 4,400 hektar itu perlu disiasat juga bagi membuktikan ketelusan. Sebab, gara-gara kawasan itu sudah digondolkan barulah semua pekebun dari luar Pahang itu ditawarkan tanah untuk tanaman musang king sebenarnya.
Usahlah bermain silap mata dengan menyiar video berkenaan, kononnya tegas mengambil tindakan walhal segaja untuk mengaburi mata rakyat marhaen. Bagi saya, isu musang king ini sama dengan pencemaran Tasik Chini. Pihak yang bersekongkol melulus lesen, menyokong dan membiarkan aktiviti guna tanah hingga ia merosakkan alam sekitar tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu sepatutnya juga diambil tindakan. Namun, ada tindakan dibuat?
Maka, samalah dalam isu musang king di Raub ini. Kerajaan yang telus dan adil, akan arahkan SPRM menyiasat pihak yang bersekongkol dan membiarkan pencerobohan hutan simpan itu dulu, barulah bicara soal kebun musang king. Ini kerana, rakyat mahu tahu siapa yang ambil atau pun curi balak di kawasan itu? Siapa yang terlibat 'membutakan mata' sengaja buat-buat tak nampak ketika balak-balak itu ditebang?
SIASAT PEGAWAI KERAJAAN YANG BIARKAN 4,400 EKAR HUTAN SIMPAN ITU DICEROBOH
Mana pergi Pejabat Hutan Raub, Pejabat Tanah Dan Daerah Raub, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Jabatan Alam Sekitar serta lain-lain lagi jabatan kerajaan yang berkenaan. Adakah anda semua 'buta mata' tak nampak hutan-hutan itu ditarah, walhal hanya ditepi jalan utama sahaja.
Mana pergi semua pegawai kerajaan terbabit?? Jika mereka bekerja dengan jujur dan amanah, nescaya kawasan hutan itu tidak digondolkan bagi membuka laluan kepada kebun tanaman durian musang king. Adakah semuanya 'tidur'?
Apa yang paling penting, siapa yang benarkan hutan-hutan seluas itu (4,400 hektar) ditebang? Adakah pemimpin DAP, PAS, PKR atau UMNO? Pihak mana yang 'makan besar' dengan hasil jualan kayu balak tersebut. Bukannya ratus ribu malahan jutaan ringgit. Apakah pihak Kerajaan Negeri Pahang mahu biarkan mereka semua itu juga terlepas begitu sahaja sama macam pihak yang luluskan 14 lesen pajakan melombong di Tasik Chini sebelum tahun 2019 itu gamaknya.
Justeru dalam kes durian musang king Raub ini, jika kerajaan jujur mahu bertindak maka sejak dari awal sudah merampas semua tanah haram yang diceroboh oleh pekebun musang king itu. Kedua, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah sama. seperti yang dilakukan bila ada rakyat marhaen bangsa sendiri masuk ke hutan untuk memancing, memburu, berkelah yang ditangkap dan didakwa atas kesalahan menceroboh. Mereka kena bayar denda ribuan ringgit atas kesalahan kecil (tidak bercucuk tanam, sekadar lalu sahaja). Kenapa kerajaan tidak berbuat demikian dari awal, hingga biar penceroboh pula lawan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri.
Sudahlah tanah tidak dirampas, penceroboh seorang pun tidak didakwa malah penceroboh pula boleh lawan kerajaan hingga kes akhirnya dibawa ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk tangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan. Tarikh mendengar rayuan pula tidak dimaklumkan.
KENAPA HALANG PEKEBUN YANG DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TANGGUH NOTIS
Kenapa baru sekarang halang pekebun masuk? Kerana sekarang ialah musim durian sedang berbuah. Malah kerajaan negeri sudah menyerahkan syarikat yang menguruskan kawasan tersebut untuk uruskan kawasan tanah musang king terbabit. Jika mengikut arahan Mahkamah Rayuan memang notis ditangguhkan.
Namun dek kerana durian sedang masak ranum, maka arahan baru oleh MB diguna untuk menghalang. Tapi, jika pekebun buat kes Kerajaan Negeri Pahang engkar dan melanggar perintah, semakin berpanjangan kisah durian musang king Raub ini.
Maka, dengan ini saya menganggap video yang disebarkan itu memang sudah dirancang untuk tunjukkan Kerajaan Negeri Pahang bertindak tegas terhadap penceroboh bila arahkan pihak berkuasa menghalang penceroboh masuk ke kebun masing-masing. Saya tidak pasti video tersebut dirakamkan bila, namun bagi saya ia tidak menunjukkan kebenaran terhadap isu ini sebenarnya. Selagi penceroboh yg asal tanah seluas 4,400 hektar itu tidak disiasat, didakwa dan diambil tindakan mahkamah maka usah mengelirukan rakyat dengan video sensasi itu.
Majoriti Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam Kerajaan Negeri Pahang terdahulu harus bertanggungjawab atas segala kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini. Mereka semua ini adalah barisan anggota exco Pahang sebelum tahun 2019 lagi. Tasik Chini telah diisyrtiharkan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO pada tahun 2009. Bermula dari tahun 2009 hingga 2019 mereka semua adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat setiap minggu pada hari Rabu, untuk segala urusan berkaitan pengeluaran lesen, permit serta melancarkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Mereka juga pasti tahu Tasik Chini mendapat penghargaan peringkat dunia apabila menjadi Tapak Rizab Biosfera UNESCO. Namun, kenapa mereka tidak lawan dan tentang habis-habisan agar kerajaan menolak sebarang usaha untuk mencemar, merosak dan menghancurkan mula bumi serta alam sekitar kawasan Tasik Chini?.
Kenapa baharu sekarang mereka mahu cerita soal pemulihan dan pemeliharaan, sedangkan meraka ada suara majoriti dulu untuk menolak sebarang aktiviti guna tanah di kawasan yang terbabit. Mereka adalah tujuh orang daripada sepuluh exco yang dilantik ketika itu. Kenapa mereka tidak bersuara jika benar-benar jujur dan ikhlas serta sayangkan alam sekitar untuk diwarisi oleh anak cucu, generasi akan datang
Atau jika benar mereka komited untuk menjaga kelestarian alam sekitar Tasik Chini, kenapa mereka tidak membangkang atau menghalang kelulusan 14 lesen pajakan melombong di sekitar kawasan tasik air tawar semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu?. Kenapa mereka tidak terdetik rasa bersalah atas kehancuran yang akan berlaku itu?
Gara-gara tangan merekalah, maka 14 lesen lulus di sekitar Tasik Chini. Malah pada 2019 diumumkan Tasik Chini akan diwartakan sebagai Hutan Simpan. Selepas itu pada 2020 mahu diwartakan pula sebagai Taman Negeri. Tapi hingga ke hari ini pewartaan tidak menjadi kenyataan dan belum diluluskan secara rasmi lagi. Maknanya dari tahun 2019 pun rakyat marhaen diperdayakan dengan "lihat bukti bukan janji" oleh mereka yang berkenaan.
Apakah mereka mahu tunggu segala hasil mahsul dan khazanah alam dijarah, ditarah, ditebang, digondol dan dimusnahkan baru mahu bertindak seperti sekarang? Semuanya sudah terlambat kerana rakyat sudah boleh menilai apa yang berlaku hari ini adalah juga kerana kamu tidak bersuara menghalang dulu.
Justeru, usahlah mendabik dada konon kamu sayangkan alam sekitar hari ini. Tapi selama lebih 10 tahun kamu biarkan Tasik Chini hancur dek tangan-tangan manusia. Kini selepas segalanya telah dikorek dan digali, hingga ke tebing-tebing tasik yang mencemarkan alam sekitar, barulah kamu mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kamu sayangkan Tasik Chini?
Rakyat tidak selamanya boleh diperdaya oleh golongan kayangan. Tiba masanya rakyat itu akan bangkit bersuara demi menyelamatkan alam sekitar Tasik Chini yang sudah dirogol, diperkosa, dinodai oleh nereka yang rakus mencari harta kemewahan dan kekayaan duniawi ini. Apabila sudah gondol segalanya, barulah kamu mahu tunjuk kepada rakyat betapa prihatinnya kamu terhadap alam sekitar Tasik Chini. Walhal kami ada kuasa dulu untuk melindungi dan mempertahankan keindahan flora dan fauna Tasik Chini itu sebenarnya.
Sejak 10 tahun dulu kamu exco dalam kerajaan terdahulu, dan hari ini juga kami adalah exco dalam kerajaan yang ada sekarang. Makanya kamu sepatutnya dipersalahkan sebab gagal mainkan peranan menjaga muka bumi negeri Pahang ini. Kamu benarkan, yang kaya raya siapa? Yang makan hasil siapa? Yang tarah dan gondolkan hutan dan bukit bukau siapa? Pernahlah kamu terfikir diakhirat kelak jika ditanya oleh Allah SWT apa kamu nak jawab? Kamu nak mencari helah dan alasan sama macam atas dunia ini? Maka insaflah semua.
Terkini, mereka mendakwa perlukan dana RM20 juta untuk pulihkan Tasik Chini. Malah menggesa mana-mana NGO atau individu untuk sama-sama membantu. Persoalannya, siapa pihak yang dapat hasil daripada aktiviti perlombongan di Tasik Chini. Sebelum hutan ditebang, kayu balak siapa yang dapat? Kamu sepatutnya mohon simpati daripada 14 operator lesen dan pihak yang mendapat hasil daripada kelulusan yang diberikan. Bukannya merayu rakyat menyumbangkan dana itu.
Mereka yang makan hasil jutaan ringgit, kini bila dah musnah dan hancur kamu meminta rakyat membantu? Apakah benar semua ini? Kamu sepatutnya arahkan semua pihak yang melombong baik dengan berlesen atau pun secara haram untuk membantu. "Mereka yang berak, rakyat yang disuruh cuci tahi?".
Justeru sepatutnya kamu mendakwa semua pihak yang terlibat agar memulihkan semula alam sekitar Tasik Chini daripada keluarkan duit kerajaan yang diperolehi hasil kutipan cukai daripada rakyat marhaen. Mereka yang merosakkan haruslah bertanggungjawab!.
Lebih menyedihkan kesemua mereka adalah satu bangsa satu agama. Tapi yang makan hasil siapa? Pernahkan mereka fikir semua ini. Banyak lagi kawasan lain di Pahang yang kini mengalami nasib yang sama seperti Tasik Chini sebenarnya. Ayuh, lakukan perubahan !
Di bawah ini adalah senarai nama exco kerajaan negeri terdahulu dengan portfolio yang disandang pada tahun 2013 dulu. Portfolio baharu, sila rujuk gambar :.
Saya tertarik dan ingin menjawab beberapa perkara yang mengelirukan rakyat marhaen berkenaan jawapan PTG Pahang terjadap isu papan tanda pajakan melombong seperti yg saya dedahkan baru-baru ini.
Saya ingin maklumkan, saya setuju dengan kenyataan PTG Pahang bahawa lesen yang diluluskan pada papan tanda itu ialah bagi tahun 11 Disember 2013 cuma ia didaftarkan pad 17 September 2020. Lulus dan daftar itu berbeza kita terima, walau pun agak lama tempoh sampai 7 tahun. Biasanya yang belum lulus lesen tak sabar dah nak ambil bahan mineral berkaitan, malah pelombong haram juga bersepah beroperasi secara tidak sah.
Agak pelik, LULUS 2013 DAFTAR 2020. Itu kenyataan PTG Pahang, maka kami terima sebagai RASMI DAN SAH. Namun untuk operasi permohonan telah pun ditolak pada 28 April 2021.
Persoalannya, jika ditolak kenapa papan tanda dipacak pada lokasi terbabit. Tidak adakan Penguatkuasa PTG Pahang yang meronda dan ambil tindakan pemasangan papantanda haram? Jika isu Tasik Chini ini tidak meletop seperti hari ini, adakah papantanda itu akan dibiarkan? Dalam kawasan PBT, menaikkan papantanda tanpa mendapat kelulusan itu adalah menyalahi undang-undang. Maka PTG wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit.
Dari 28 April 2021 keputusan tidak lulus operasi hingga 14 Jun 2021 (kami dedah) apakah Penguatkuasa PTG Pahang tidak menyedari kewujudan papan tanda itu?
Kedua, timbul persoalan berdasarkan kenyataan rasmi PTG Pahang yang terdahulu. Jelas sekali memaklumkan bahawa :
"Daripada 14 kawasan perlombongan yang diluluskan, hanya dua yang masih beroperasi. Itu pun yang satu lesen akan tamat pada Jun 2021, dan satu lagi tamat pada hujung tahun 2021"
Namun sedarkah PTG Pahang bahawa pada papan tanda itu jelas tertera:
Tempoh Pajakan : LIMA (5) TAHUN
Tarikh Habis Tempoh: 16 SEPT 2025
Maknanya ada kawasan pajakan melombong ini yang akan berakhir pada 2025. Mujurlah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) katanya TOLAK lesen operasi tersebut. Justeru saya menggesa JMG keluarkan BUKTI SURAT TOLAK pada 28 APRIL 2021 seperti yang dinyatakan.
Pihak kami akan terus memantau perkara ini. Kita tidak mahu ada unsur2 yang tidak sihat dengan kenyataan yang dibuat oleh PTG Pahang. Apa pun kami ucapkan terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Moga segakanya dipermudahkan.
Jika hutan dan tanah dalam bandaraya Kuantan iaitu ibu negeri Pahang pun mereka gagal menjaganya dengan baik, apalah nak diharapkan dengan tanah dan hutan di hulu sebenarnya. Depan mata pun tak nampak, apatah lagi yang jauh nun dipedalaman.